Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemanah Nur Syahidah Alim atlet wanita terbaik sukan kurang upaya S'pura

Aug 07, 2020 | 08:55 PM



PEMANAH para nombor satu dunia Nur Syahidah Alim dinobat sebagai Atlet Wanita Terbaik di Anugerah Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSA) 2020 pada Jumaat (7 Ogos).



Srikandi berusia 35 tahun itu mencipta sejarah tahun lalu menjadi pemanah sulung Singapura mendaki ke puncak ranking dunia.



Ini selepas beliau menjuarai Kejohanan Memanah Para Sedunia 2019 dan Kejohanan Memanah Para Asia 2019.



Kejayaan Syahidah tidak tercapai tanpa keserasian kuat beliau bersama jurulatihnya, Pang Qing Liang, yang dianugerah Jurulatih Terbaik (Prestasi Tinggi) malam ini.



Dianjurkan oleh Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC), anugerah ini bertujuan mengiktiraf pencapaian dan sumbangan yang dibuat oleh individu atau kumpulan dalam masyarakat sukan warga kurang upaya.



Majlis tahun ini, yang disokong Haw Par Corporation, diadakan secara maya dan disiarkan secara langsung di laman Facebook SDSC.



Ia turut dihadiri tetamu terhormat Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Menteri Kedua bagi Undang-Undang, Encik Edwin Tong dan Pengurus Besar (Pemasaran) Haw Par Healthcare, Cik Jasmin Hong.



Mengucapkan tahniah kepada para pemenang dalam ucapannya, Encik Tong berkata:  “Dengan keberanian, tekad dan dedikasi anda, anda dapat mengatasi cabaran peribadi dan berusaha gigih, dan dalam beberapa kes, melampaui had keupayaan anda. Anda memberi inspirasi kepada kami semua.”



Selain sukan memanah para, sukan boling para juga muncul sebagai pemenang besar malam ini.



Atlet boling para Eric Foo menggondol Atlet Lelaki Terbaik SDSA 2020.



Foo turut dianugerahkan Pasukan Terbaik bersama rakan sepasukannya dalam pasangan boling sepuluh pin, Muhammad Farhan Ismail.



Atlet Muda Lelaki Terbaik pula diberikan kepada perenang para Toh Wei Soong.



Ini merupakan anugerah kedua beliau buat dua tahun berturut-turut.



Tiada pemenang bagi kategori Atlet Muda Wanita Terbaik tahun ini.



Pentadbir sukan veteran di Singapura Henry Tan pula menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. 



Tan telah menjadi sukarelawan bersama SDSC dari 1974 hingga 2012 dan pernah menggalas tanggungjawab sebagai Chef de Mission bagi Sukan Para Asean 2004, Sukan Paralimpik 2004 di Athens dan Sukan Para Asia 2010 di Guangzhou. 



Beliau menjadi pengarah eksekutif SDSC pada 2012 sebelum bersara pada 2017.



Bagi kategori Jurulatih Terbaik (Pembangunan), ia dimenangi jurulatih ‘powerlifting’ Muhammad Abdul Razak Mansor.



Perusahaan sosial serendipET dIberi Anugerah Kesan Masyarakat (Sukarelawan) dan Persekutuan Palsi Serebrum Singapura (CPAS) pula menerima Anugerah Kesan Masyarakat (Acara dan Inisiatif),




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >