Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemandu Red Bull Perez jaguh Grand Prix S’pura 2022

Oct 02, 2022 | 11:38 PM



PEMANDU Red Bull Sergio Perez mendahului perlumbaan dari awal hingga akhir untuk menjadi yang pertama melepasi garisan penamat Grand Prix Singapura 2022, yang tertangguh akibat hujan lebat pada malam Ahad (3 Oktober).



Perez, yang memulakan di belakang pemandu petak pertama Charles Leclerc, menguasai perlumbaan sejurus sahaja lampu hijau dinyalakan.



Kemenangan Perez bagaimanapun dilambatkan selama sejam kerana warga Mexico itu akan disiasat selepas perlumbaan bagi satu pelanggaran kereta keselamatan. Beliau akhirnya dilepaskan oleh pegelola perlumbaan.



Ini adalah kemenangan sulung Perez di kota Singa dan yang kedua dalam F1 musim ini, selepas di Monaco pada Mei lalu.



Leclerc dan Carlos Sainz dari Ferrari naik podium dan masing-masing terpaksa berpuas hati meraih tempat kedua dan ketiga.



Litar Marina Bay, dibasahi hujan tanpa henti sejak kira-kira 6.30 petang ini, menyebabkan permulaan perlumbaan yang dijadual berlangsung pada 8 malam itu ditunda selama sejam.



Cuaca mendung mula reda sekitar 7.45 malam, dengan para petugas perlumbaan dilihat ‘berlumba-lumba’ cuba mengeringkan permukaan trek.



Namun, cuaca suram itu tidak melunturkan semangat peminat F1 - antara rekod 302,000 pengunjung yang hadir sepanjang tiga hari acara - untuk sedia berhujan dengan payung dan ponco mereka.



Sementara itu, pendahulu kedudukan pemandu F1 musim ini, Max Verstappen dari Red Bull hanya mampu meraih tempat ketujuh.



Raja GP Singapura, Sebastian Vettel, yang mengakhiri perlumbaan di tempat kelapan, kekal menjadi pemandu paling berjaya dengan lima kejuaraan di sini.



Perlumbaan malam ini tidak kurang aksinya dengan kereta keselamatan dikerahkan beberapa kali. Enam pemandu - Yuki Tsunoda (AlphaTauri), Esteban Ocon dan Fernando Alonso (Alpine), Alex Albon dan Nicholas Latifi (Williams), dan Zhou Guanyu (Alfa Romeo) - tidak menamatkan perlumbaan.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >