LONDON: 'Pembocor rahsia' asal Russia yang memainkan peranan utama mendedahkan skandal penyalahgunaan dadah terbesar di kalangan rakan senegaranya memberitahu agensi berita Reuters bahawa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) lebih mengutamakan reputasinya daripada membersihkan sukan dunia daripada palitan dadah.
Sehari selepas IOC menolak permintaan isterinya - Yulia Stepanova, bekas atlit Russia yang pernah gagal ujian dadah - supaya diberikan lampu hijau berlumba di Sukan Olimpik Rio sebagai 'atlit bebas', Vitaly Stepanova berkata undangan menghadiri temasya Rio sebagai penonton, dan bukan sebagai atlit, ibarat "menyogok" mereka.