LONDON: Pengurus Chelsea Antonio Conte berkata pasukannya "kecewa dan marah" dengan keputusan pengadil setelah juara Liga Perdana England (EPL) itu ditewaskan Arsenal dalam perlawanan Perisai Masyarakat di Stadium Wembley malam kelmarin.
Conte yang memulakan musim keduanya dengan kelab barat London itu menjelaskan bahawa perlawanan itu bergantung kepada dua keputusan utama daripada pengadil yang tidak berpihak kepada pasukannya. Mereka akhirnya kalah 4-1 menerusi tendangan penalti.