BOLA SEPAK SETEMPAT

Pembukaan Liga-S sah di Stadium Negara, Great Eastern sambung tajaan

TONIK perangsang bagi liga bola sepak profesional setempat apabila Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kelmarin mengesahkan bahawa perlawanan pembukaan tirai musim baru ini akan julung kali diadakan di Hab Sukan Singapura, di samping sokongan berterusan penaja utamanya.

Hab sukan ikonik itu yang menempatkan Stadium Negara yang boleh mengisi 55,000 penonton ini akan menjadi hos kepada perlawanan merebut Perisai Masyarakat antara juara bertahan, Albirex Niigata, dengan naib juara musim lalu, Tampines Rovers, pada 26 Februari.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan