Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemilik Everton mohon maaf selepas kelab hampir disingkir

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pemilik Everton Farhad Moshiri telah memohon maaf kepada peminat kelab itu atas kesilapan yang dilakukan semasa musim "mencabar" yang hampir melihat mereka disingkirkan.



Kelab yang dikenali dengan gelaran The Toffees memerlukan kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace dalam perlawanan kedua terakhir mereka untuk memastikan mereka kekal beraksi di Liga Perdana England (EPL) musim depan.



Ini meskipun mereka telah membelanjakan lebih daripada £500 juta ($863 juta) untuk mendapatkan pemain baru sejak Moshiri mengambil alih pada 2016.



"Ia belum cukup bagus dan kami perlu melakukan yang lebih baik," tulis Moshiri dalam surat terbuka kepada penyokong Everton.



"Kesilapan telah dilakukan dan untuk itu saya ingin memohon maaf kepada anda semua."



Moshiri dan pengerusi Everton, Bill Kenwright menerima pelbagai kritikan daripada peminat musim ini kerana cara mereka mengendalikan kelab itu, termasuk pelantikan bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez yang tidak popular di kalangan peminat pada Jun lalu.



Benitez dipecat pada Januari selepas mencatat satu kemenangan dalam 16 perlawanan dan digantikan oleh Frank Lampard yang, selepas permulaan yang sukar, berjaya membantu Everton mengekalkan kedudukan mereka dalam saingan liga utama buat musim ke-69 berturut-turut.



Moshiri berkata selepas melakukan penilaian semula strategik, yang membawa kepada pelantikan Lampard dan pengarah bola sepak Kevin Thelwell, ia telah membuktikan bahawa antara keazaman lembaga itu adalah untuk belajar daripada kesilapan lalu.



Ahli perniagaan Britain-Iran itu turut menegaskan komitmennya untuk menyediakan stadium baru yang "dibiayai sepenuhnya" di Bramley Moore Dock, yang kini dalam pembinaan, sambil berjanji untuk tidak melakukan kesilapan yang sama dalam pasaran perpindahan yang menyebabkan kelab itu mencatatkan kerugian gabungan £372 juta selama tiga musim.



"Stadium sahaja tidak akan membantu kami mencapai objektif kami dan kami komited untuk tidak melakukan kesilapan yang sama lagi - termasuk bagaimana kami tidak selalu membelanjakan sejumlah besar wang dengan bijak," katanya.



"Anda telah memberi kami sokongan yang luar biasa yang membantu kami mengatasi segala cabaran apabila kami amat memerlukannya, dan kami mesti membalas sokongan itu dan menunjukkan bahawa pengajaran telahpun dipelajari."



Moshiri juga mendedahkan Everton telah menawarkan kelab Ukraine, Dynamo Kyiv perlawanan persahabatan di Goodison Park untuk mengumpul dana bagi membantu warga Ukraine yang dilanda konflik yang berterusan.



Kelab itu telah menandatangani pemain pertahanan, Vitaliy Mykolenko, pemain antarabangsa Ukraine, dari Dynamo Kyiv pada Januari lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >