Peminat berpeluang temui bintang bola sepak ICC, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Peminat berpeluang temui bintang bola sepak ICC

Jul 20, 2018 | 08:18 PM

SEBELUM Arsenal, Atlético de Madrid dan Paris Saint-Germain tiba di Singapura bagi perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) mulai 26 Julai, peminat bola sepak dapat ‘beraksi’ dahulu dalam pelbagai aktiviti yang disediakan di House of Football, Clarke Quay.

Mulai 20 hingga 29 Julai, orang ramai boleh menyelami dunia bola sepak dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di House of Football, yang dianjurkan sempena ICC tahun ini. 

Salah satu tarikan utama termasuk Panna- cabaran bola sepak satu lawan satu atau dua lawan dua. 

Dimainkan dalam gelanggang, peserta harus mengekalkan penguasaan bola dari semua arah dan menyasarkan gol. 

Selain itu, aktiviti lain seperti foosball serta peluang untuk begambar dengan memorabilia kelab bola sepak juga dibuka kepada orang ramai. 

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Peminat bola sepak juga berpeluang untuk bertemu pemain kegemaran mereka seminggu sebelum hari perlawanan apabila kelab-kelab bola sepak tersebut membuat perhentian di House of Football. 

Tiket ICC 2018 boleh didapatkan di House of Football dan juga melalui www.sportshub.com.sg

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.internationalchampionscup.sg.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map