Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1) GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

Peminat dari M'sia belanja $4,600 sekeluarga

Oct 02, 2022 | 05:30 AM



BERBELANJA lebih RM$15,000 ($4,600) untuk merasa kehangatan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura.



Itulah yang dilakukan keluarga Cik Prisha Natallia Wong dari Malaysia, yang sanggup membelanjakan jumlah itu antara lain bagi tiket dua hari perlumbaan, penginapan dan membeli barangan F1.



Keluarga enam beranak dari Kuala Lumpur itu sampai di Singapura Khamis lalu dan akan pulang esok.



Ditemui Berita Minggu bersama tiga adik-beradiknya - dua perempuan dan seorang lelaki - di Granstand Bay dekat Pentas Terapung Marina Bay semalam, Cik Prisha, 20 tahun, seorang pelajar, berkata:



"Dengan mata wang Malaysia kini lebih lemah dan tiga kali ganda lebih rendah daripada dolar Singapura, kami sekeluarga boleh dianggap berbelanja besar.



"Tiket untuk kami berempat sahaja hari ini (Sabtu) RM2,600 dan bagi hari perlumbaan esok bersama ibu bapa kami, tiketnya berharga kira-kira RM4,500.



"Ini belum termasuk penginapan, perjalanan dan makan minum sepanjang di sini. Kami juga beli banyak barangan pasukan F1, yang juga bukan murah. Kamu mungkin belanja sekitar RM15,000 keseluruhannya."



Namun, adiknya, Cik Nekeysha Natalie Wong, 18 tahun, berkata perbelanjaan itu berbaloi.



"Malaysia pernah ada perlumbaan F1 namun tidak lagi. Jadi, GP Singapura ialah destinasi paling dekat buat kami," kata pelajar itu.



Ditanya apa yang mereka nantikan daripada GP Singapura, Cik Nekeysha berkata:



"Pastinya, perlumbaan. Kami tidak sabar hendak menonton Lewis Hamilton (daripada Mercedes) beraksi di litar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >