LONDON: Liverpool, Chelsea, Brighton dan West Ham akan diberi kebenaran untuk membolehkan peminat memasuki stadium mereka bulan depan di bawah sistem peringkat baru untuk menangani penyebaran koronavirus di England.
Kelab Liga Perdana England (EPL) itu berada dalam kawasan peringkat-dua, yang bermakna kelab boleh menerima hingga 2,000 penonton.
Liga Perdana masih belum mengesahkan jadual perlawanan mereka bagi hujung minggu 5 dan 6 Disember ini.
Brighton akan menjadi tuan rumah kepada Southampton, Chelsea bermain di padang sendiri dengan Leeds, juara Liverpool menemui Wolves di Anfield manakala West Ham boleh menerima peminat di Stadium London bagi kunjungan Manchester United.
Mereka adalah perlawanan peringkat tinggi pertama yang dapat dihadiri peminat sejak krisis Covid-19 bemula Mac lalu. - AFP