Peminat hampa harapan Piala Dunia Argentina pudar selepas kecundang di tangan Croatia , Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Peminat hampa harapan Piala Dunia Argentina pudar selepas kecundang di tangan Croatia

Jun 22, 2018 | 03:17 PM

BUENOS AIRES: Suasana meriah di zon peminat Buenos Aires berubah menjadi sugul apabila peminat yang mengharapkan bintang Argentina, Lionel Messi, dapat menghidupkan impian Piala Dunia pasukan itu hanya dapat melihat pasukan itu 'dibelasah' pasukan lawan, Croatia.

Seorang peminat, Joaquin yang berusia 22 tahun, berkata:

“Kami kalah teruk, mereka betul-betul memalukan kami kali ini.

“Sekarang ini, kami hanya bergantung pada (perlawanan menentang) Nigeria!”

Selepas Croatia merobek ego Argentina dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan 2 pagi tadi (22 Jun, waktu Singapura), harapan Argentina kini ialah agar keputusan berpihak kepada mereka apabila mereka bertemu dengan Nigeria dalam perlawanan Rabu depan.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Namun bagi sesetengah peminat, itu juga mungkin sukar dicapai.

Messi dikritik teruk kerana pertunjukannya yang kurang baik.

“Messi, yang selalu membantu Barcelona menang... tidak memberi kami apa-apa selain kekalahan dan kesedihan,” kata seorang peminat, Miguel Angel Gutierrez, 50 tahun.

Di Buenos Aires, peminat yang telah berkumpul untuk menyokong Argentina, lengkap dengan wajah yang diwarnakan biru muda dan putih – warna bendera Argentina – jelas kelihatan sedih sambil menangis dan memeluk satu sama lain, mengenangkan 'tragedi' yang menimpa mereka. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map