Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Penampilan sulung Bergwijn bantu Spurs benam Man City 2-0

Feb 04, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Steven Bergwijn memulakan kerjaya di Liga Perdana England (EPL) dengan menjaringkan gol idaman, sekali gus membantu Tottenham Hotspur menewaskan Manchester City 2-0 semalam.



Bergwijn adalah pemain ke-250 dalam sejarah untuk menjaringkan gol pada perlawanan pertama EPL dan warga Belanda ke-13 berbuat demikian.



City, yang mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain, menghadapi peluang mempertahankan kejuaraan liga nampak kian tipis.



Keputusan itu membenarkan Spurs naik ke tangga kelima, empat mata di belakang Chelsea di tempat keempat.



City pula kekal di tangga kedua tetapi 22 mata di belakang Liverpool, yang kini boleh menjamin kejuaraan liga pada 21 Mac nanti apabila mereka bertemu Crystal Palace.



Bergwijn, 22 tahun, menjaringkan gol itu menerusi percubaan pertama Spurs yang mengena sasaran.



Pada ketika itu, City juga telah mensesiakan peluang membuka tirai jaringan apabila pemain midfield City Ilkay Gundogan tidak dapat memperdaya Hugo Lloris menerusi tendangan penalti.



Oleksandr Zinchencko pula diperintah keluar padang selepas mendapat kad kuning kedua.



Di penghujung perlawanan percubaan Son Heung-ming terkena Fernandino sebelum ia melewati Ederson di gawang City sekali gus menggandakan jaringan dan kelebihan gol bagi Spurs.



Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan, City gagal menemui sasaran dan mensesiakan beberapa peluag gol.



Apabila mereka berjaya menemui sasaran, Lloris sering menyelamatkan keadaan, termasuk apabila beliau menampar percubaan Sergio Aguero ke tiang gol.



Beberapa minit selepas itu Aguero meraih penalti bagi pasukannya selepas beliau dijatuhkan oleh Werge Aurier.



Namun tendangan penalti Gundogan berjaya diselamatkan Lloris yang turut bertembung dengan Raheem Sterling semasa kededua pemain berebut bola.



Pemain Spurs Toby Alderweireld dan Zinchenko kemudian dilayangkan kad kuning selepas kededua pemain bertembung, sementara pengurus Spurs, Jose Mourinho, kelihatan amat berang apabila pengadil tidak mengenakan kad kuning kepada Sterling yang didakwanya sengaja menjatuhkan diri.



Beberapa saat sebelum itu, Sterling terlepas sebarang tindakan disiplin apabila beliau memijak buku lali dan tulang kering kaki Dele Alli.



Babak kedua bermula dengan serupa, dengan City menguasai permainan sehingga ia kehilangan Zinchenko.



Zinchenko diberikan kad kuning selepas mengasari Harry Winks sejurus selepas babak kedua bermula.



Perkembangan itu membenarkan Spurs merampas penguasaan permainan dan mula mengasak benteng City.



Pada minit ke-60, Bergwijn merembat masuk bola yang dihantar bijak oleh Lucas Moura, untuk memberi kelebihan kepada Spurs.



Bergwijn, yang tiba dari PSV Eindhoven dengan harga £27 juta ($48 juta), kali terakhir menjaringkan gol pada 7 Disember semasa PSV menentang Fortuna Sittard.



Pada minit ke-70, Bergwijn mengalami kejang otot yang memaksanya untuk dikeluarkan.



Namun, beliau meninggalkan padang sebagai wira, dengan namanya disorak penyokong Spurs. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >