Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA 1

Penampilan terakhir Raikkonen malam ini

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



JEDDAH: Walaupun perhatian di Abu Dhabi akan tertumpu pada pertarungan kejuaraan antara Lewis Hamilton dengan Max Verstappen hari ini (waktu Singapura), seorang lagi juara dunia akan membuat penampilan terakhirnya dalam kereta Formula Satu (F1).



Selepas 20 tahun membuat penampilan sulungnya dalam F1 untuk Sauber di Grand Prix Australia 2001, pemandu asal Finland Kimi Raikkonen akan memulakan perlumbaan ke-449 dan terakhir beliau malam ini.



Namun, Raikkonen berkata beliau "tidak akan mengubah apa-apa" dan tidak kesal kerana mengundur diri daripada sukan itu.



"F1 mengambil banyak masa saya tetapi ia tidak pernah menjadi perkara utama bagi saya," kata juara dunia 2007 itu kepada AFP.



"Kehidupan saya sentiasa berlandaskan apa yang berlaku di luar F1. Ada perkara lain yang lebih penting untuk saya selain F1. Jadual hari ini menjejas seluruh keluarga saya jadi saya tidak sabar menunggu hari yang mana saya tidak rancang apa-apa dan boleh lakukan kegiatan yang mereka mahu."



Persaraan bukan satu perkara baru bagi pemandu berusia 42 tahun itu yang tempatnya di Alfa Romeo tahun depan akan diisi Valtteri Bottas.



Raikkonen pernah bersara sekali sebelum ini, terlepas beraksi dalam musim 2010 dan 2011.



Bagaimanapun, beliau memanfaatkan tempoh itu dengan berlumba dalam NASCAR dan kejohanan rali dunia.



Pertukaran dalam arena sukan motor itu kelihatan tidak akan berlaku kali ini walaupun peminat Raikkonen terus menggalak beliau membida untuk pelantikan presiden F1 dan Finland.



"Ia pastinya akan menjadi menarik," katanya, sambil mengukir senyuman yang jarang dilihat.



"Bukan menjadi presiden F1. Ia lebih sukar daripada menjadi presiden Finland. Bukan F1, terlalu banyak politik… Lihat tempat ini (di Arab Saudi), anda tahu duit adalah segalanya."



Raikkonen sentiasa menjadi individu dengan pendirian sendiri, mendapat panggilan nama samaran "The Iceman", yang sebahagiannya kerana jawapan ringkasnya yang dingin kepada wartawan selama ini.



"Itu bagaimana saya berfikir dalam kepala saya. Saya cakap seperti mana saya berfikir," kata beliau.



Raikkonen juga mengakui bahawa beliau bukan sering seorang pendengar yang terbaik sepanjang tempoh kerjayanya kerana beliau menempa laluannya sendiri.



"Saya fikir saya diberi banyak nasihat tapi tidak mendengarnya. Saya sentiasa rasa anda harus menjalani kehidupan anda dengan cara yang terbaik untuk diri anda dan bukan orang lain.



"Dalam pekerjaan, sekiranya saya ada pilihan, saya tidak akan buat sebahagian besar perkara yang saya disuruh. Tapi, dengan hidup anda, bagaimana anda menjalani hidup anda…anda menjalaninya untuk diri anda sendiri. Sekiranya anda cuba untuk menjalaninya seperti mana orang lain inginkan, anda mungkin melakukannya untuk setahun atau dua tapi ia tidak akan berakhir dengan baik.



"Saya gembira menjalani hidup cara saya. Baik atau buruk, saya boleh menjalaninya sebab ia adalah keputusan saya.



"Saya tidak akan mengubah apa-apa." - AFP,




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >