Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pencabar utama

epl
Aug 14, 2021 | 05:30 AM



Musim terbaru Liga Perdana England membuka tirainya awal pagi ini (waktu Singapura) selepas saingan hebat di gelanggang antarabangsa. Tumpuan kini beralih ke pasukan mana yang akan dinobat juara liga tertinggi England ini. Manchester City akan mempertahankan kejuaraannya, walaupun berdepan pencabar utama – Manchester United, Liverpool dan Chelsea, yang menduduki empat tempat teratas liga musim lalu. Pasukan ‘underdog’ seperti Leicester City, Tottenham dan Arsenal, pula bukan hanya ingin memperbaiki persembahan musim lalu, tetapi juga ghairah membuat kejutan mengisi tangga-tangga atas liga. Siapa yang bakal menjadi juara? Ikuti laporan ZULAIQAH ABDUL RAHIM( zulabr@sph.com.sg)




MANCHESTER CITY 

Kedudukan musim lalu: Juara

Pengurus: Pep Guardiola

Pemain utama: Kevin De Bruyne



MANCHESTER CITY membalas dendam terhadap Liverpool musim lalu dengan memenangi Liga Perdana dengan selesa.



Gerakan serangan yang menyengat, pertahanan yang kukuh dan bakat mantap di setiap bahagian memastikan ia bukan kerana nasib kelab terkaya dalam liga itu berjaya menjulang kejuaraan ketujuh mereka, meskipun tewas kepada Chelsea dalam final Liga Juara-Juara.



Bagi musim ini, pasukan Pep Guardiola boleh menjangkakan saingan yang lebih sengit daripada kelab besar lain dalam liga, yang kini sibuk menguatkan skuad masing-masing.



City juga akan perlu menangani kehilangan penjaring gol terbanyak City Sergio Aguero yang telah berpindah ke Barcelona selepas 10 tahun di Stadium Etihad.



Bintang midfield Kevin De Bruyne boleh mengisi kekosongan itu tetapi beliau bukan penyerang nombor sembilan yang sebenar dan sering cedera kebelakangan ini.



Guardiola mencari solusi dengan memecah rekod bayaran pemindahan British bagi pemain midfield serangan Jack Grealish bernilai £100 juta ($188 juta), di samping khabar angin yang mengaitkan penyerang Tottenham Harry Kane dengan kelab itu.



Tanpa penyerang berpengalaman, selain Gabriel Jesus, bolehkah City berjuang mempertahankan takhta mereka?



Ramalan kedudukan musim ini: 2




LIVERPOOL 

Kedudukan musim lalu: 3

Pengurus: Jurgen Klopp

Pemain utama: Virgil van Dijk



MUSIM lalu bak ‘rollercoaster’ buat Liverpool. Setelah ketiga-tiga bek tengah mereka dilanda kecederaan, dan prestasi persembahan yang teruk selepas separuh pertama, The Reds mendapati mereka lebih dekat di pertengahan tangga liga daripada puncaknya untuk sebahagian besar separuh kedua musim.



Namun, hasil persembahan hebat di hujung musim – menang lima perlawanan terakhir – mereka berjaya menjamin tempat ke Liga Juara-Juara musim ini.



Kapten Virgil van Dijk, bersama rekrut baru bek tengah Ibrahima Konate, akan memperkukuhkan benteng. Tetapi, bahagian lain Liverpool juga perlu dipertingkatkan jika Jurgen Klopp mahu mencabar kejuaraan, selepas pemain midfield Gini Wijnaldum berpindah ke Paris Saint-Germain.



Melainkan Liverpool dapat menguatkan setiap bahagian dalam skuad, ia menjadi tugas sukar bagi Klopp untuk sekali lagi menjulang trofi kejuaraan dalam tiga musim.



Ramalan kedudukan musim ini: 4




CHELSEA

Kedudukan musim lalu: 4

Pengurus: Thomas Tuchel

Pemain utama: N’golo Kante



KEMENANGAN dalam final Liga Juara-Juara masih jelas dalam ingatan Thomas Tuchel dan ini bermakna jangkaan kini melambung tinggi bagi pengurus Jerman itu untuk meraih trofi musim ini, sedang beliau bersiap sedia untuk mengurus musim penuh pertamanya di Stamford Bridge.



Persembahan tempat keempat musim lalu membayangkan bahawa ‘The Blues’ masih ada ruang untuk diperbaiki jika ingin merebut kejuaraan liga daripada Manchester City, seperti mana yang dilakukan pada malam final Liga Juara-Juara di Porto.



Dengan hanya dua muka baru – kepulangan penyerang Romelu Lukaku ke Stamford Bridge, dan penjaga gol Marcus Bettinelli – sejauh ini, ia kelihatan seperti Tuchel akan banyak bergantung pada skuad yang ada.



Pemain midfield N’golo Kante akan menjadi tunggak pasukan, dengan duo serangan Timo Werner dan Kai Havertz diharap ‘sudah selesai’ menyesuaikan diri di England selepas musim pertama mereka. Gabungan Lukaku, Werner dan Mason Mount boleh menyemarakkan serangan Chelsea.



Skuad yang berkualiti dan taktik Tuchel yang berkesan mungkin boleh membawa kejuaraan liga pertama Chelsea sejak musim 2016/2017. 



Ramalan kedudukan musim ini: 3




MANCHESTER UNITED

Kedudukan musim lalu: 2

Pengurus: Ole Gunnar Solskjaer

Pemain utama: Harry Maguire



HARAPAN Manchester United merangkul kejuaraan liga terletak di bahu Ole Gunnar Solskjaer.



Meskipun digelar naib juara musim lalu, jarak 12 mata antara Red Devils dengan juara Manchester City membimbangkan, sekiranya United mahu meraih takhta liga ke-21 mereka.



Solskjaer diberikan dua ‘senjata’ yang amat diperlukan, dengan ketibaan pemain sayap Jadon Sancho dan pemain pertahanan Raphael Varane di Old Trafford, untuk melaksanakan rancangannya musim ini.



Kapten Harry Maguire, yang bangkit daripada kecederaan dan beraksi cemerlang di Euro 2020, bersama Bruno Fernandes dan Paul Pogba memikul tanggungjawab untuk terus mempengaruhi pasukan.



Setelah menamatkan musim lalu tanpa sebarang trofi, Solskjaer mahu meyakinkan lembaga pengarah dan peminat United musim ini bahawa beliau adalah orang yang layak berada di kerusi panas.



Namun, ini juga akan bergantung pada anak buahnya untuk bersikap konsisten dan merebut setiap peluang yang ada sepanjang musim.



Ramalan kedudukan musim ini: JUARA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >