SUKAN Para Asean (APG) yang diadakan di sini hujung tahun lalu merupakan detik manis bagi pasukan bola sepak Celebral Palsy Singapura, yang diketuai Khairul Anwar Kamsani, setelah mereka berjaya menggondol pingat gangsa.
Lebih-lebih lagi bagi Khairul, yang menjaringkan gol bukan sekali, bukan dua kali tapi sehingga tiga kali - kesemua melalui percubaan jarak jauh istimewa - dalam perlawanan menentang Myanmar.