Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Penduduk Tetap S’pura dedah Sebab beriya-iya nak beli Man U

Usahawan Finland, Thomas Zilliacus, telah menarik perhatian ramai peminat di serata dunia selepas beliau membuat bidaan bagi kelab bola sepak gergasi England, Manchester United. Penduduk Tetap (PR) Singapura itu yang telah berjinak dengan pengurusan bola sepak di sini, memberitahu tentang cintanya terhadap kelab itu dan apa yang terkandung dalam bidaannya.
Apr 03, 2023 | 05:30 AM



Anda pernah menguruskan kelab bola sepak Geylang International. Bagaimana ia berlaku?



Memandangkan saya pengerusi HJK Helsinki sejak 1982 hingga 1986 dan sejurus saya berpindah ke Singapura, saya mempelawa HJK bermain dalam dua perlawanan persahabatan menentang pasukan Lions di Stadium Nasional.



Saya kemudian dipelawa Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk terlibat dalam bola sepak peringkat kelab semasa mereka menubuhkan Liga Perdana FAS semi-profesional pada 1988.



Mereka berkata yang mereka perlukan orang berpengalaman untuk menguruskan kelab-kelab bola sepak dan mereka inginkan saya ke Geylang International.



Maka semasa saya jadi CEO Nokia, saya juga menguruskan mereka mulai 6 petang. Pada masa itulah saya bawa masuk pemain antarabangsa Finland seperti Sixten Bostrom dan ketika itu semuanya memang menarik.



Sehinggakan terdapat sekitar 30,000 peminat semasa kami bermain menentang pesaing seperti Tiong Bahru di Stadium Nasional.



Kemudian saya menjadi PR dan saya juga bertemu isteri saya di Singapura pada 1993, kami berkahwin dan mempunyai dua anak perempuan. Saya tinggal di Sentosa dan saya sayangkan Singapura.



Malangnya saya dijangkiti Covid-19 pada 2020 yang telah menghalang saya daripada perjalanan jarak jauh, tapi saya berharap untuk kembali ke Singapura kerana di situlah rumah saya.



Mengapa anda membuat bidaan bagi Manchester United?



Manchester United merupakan kelab terbesar di dunia, dan ia mempunyai ramai peminat di serata dunia. Ia merupakan kelab yang saya minati sejak kecil juga.



Sebenarnya saya terlepas berita mengenai para pemilik yang ingin menjual kelab tersebut dan saya sempat buat bidaan beberapa hari sebelum tarikh penutupnya. Jadi saya pun hubungi Raine Group dan melahirkan hasrat saya untuk turut serta.



Saya juga telah melahirkan hasrat secara umum kepada Sheikh Jassim dan Sir Jim Ratcliffe untuk kami bekerjasama. Saya bukan hendak meraih banyak keuntungan. Saya lakukannya kerana saya minati bola sepak dan saya sayangkan Manchester United. Malangnya mereka belum hubungi saya kembali.



Boleh terangkan tentang cara bidaan anda?



Rancangan saya adalah untuk membeli kelab tersebut dan kemudian memberi peluang kepada para peminat untuk memiliki separuh daripada pemilikan tersebut.



Saya datang daripada budaya Scandinavia di mana peminat sentiasa terlibat sama.



Semasa saya pengerusi HJK, kelab tiada pemilik. Ia terdiri daripada kelab yang terdiri daripada anggotanya, peminatnya, dan mereka memilih satu lembaga yang akan buat keputusan berdasarkan apa yang terbaik intuk kelab tersebut.



Saya gemarkan sistem tersebut dan saya saya fikir ia sesuatu yang akan memanfaatkan Manchester United serta berbilion peminatnya di serata dunia.



Bila keputusan besar dibuat, kita akan mendengar kepada para peminat. Dan jika ramai yang katakan tidak, kita tidak fikir ia perkara terbaik, maka kami pun tidak akan lakukannya.




“Rancangan saya adalah untuk membeli kelab tersebut dan kemudian memberi peluang kepada para peminat untuk memiliki separuh daripada pemilikan tersebut. Saya datang daripada budaya Scandinavia di mana peminat sentiasa terlibat sama.’’
– Thomas Zilliacus, usahawan Finland.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >