SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penembak Adele Tan duduki tempat ke-21 acara senapang 10m

Penembak Adele Tan duduki tempat ke-21 acara senapang 10m

Jul 25, 2021 | 5:30 AM

Penembak Adele Tan duduki tempat ke-21 acara senapang 10m

ADELE: Bertanding dalam Sukan Olimpik pertamanya dalam pusingan kelayakan senapang 10m wanita. Beliau mencatat 625.3 mata. - Foto FACEBOOK ENCIK TAN CHUAN JIN
ADELE: Bertanding dalam Sukan Olimpik pertamanya dalam pusingan kelayakan senapang 10m wanita. Beliau mencatat 625.3 mata. - Foto FACEBOOK ENCIK TAN CHUAN JIN -

TOKYO: Jam berdetik semasa acara tembakan di Asaka Shooting Range tetapi penembak negara, Adele Tan, sedang menunggu. Kelayakan telah dimulakan tetapi beliau belum bersedia menembak.

Seminit berlalu tetapi beliau tidak tergesa-gesa.

"Saya mengambil masa yang lama kerana pada awalnya saya merasakan saya memerlukan lebih banyak masa untuk menenangkan diri,'' kata Adele.

Namun, beliau, yang menyertai Sukan Olimpik buat pertama kali, harus berbangga dengan pencapaiannya.

Tan menduduki tempat ke-21 dalam pusingan kelayakan senapang 10m wanita pagi semalam, menjadikan beliau penamat terbaik Singapura dalam acara dalam temasya sukan itu.

Sebelum Tan, penembak Jasmine Ser pernah menduduki tempat ke-24 pada 2012.

Tan selesai dengan jumlah 625.3 mata, daripada mata terbaiknya sebanyak 632.5.

Meskipun penembak Norway Hegg Duestad mengetuai kelayakan itu, acara itu dimenangi penembak China Yang Qian.

"Sejujurnya, saya menyatakan bahawa ini mungkin kelayakan paling sukar yang harus saya hadapi. Bukan hanya menembak, tetapi ia benar-benar satu pertempuran,'' katanya kepada wartawan setelah acara itu.

"Ini pertempuran dalam erti kata bahawa semua orang di sini bertaraf dunia - setiap yang anda lihat... dan sesiapa sahaja dapat ke final. Saya rasa semua atlet berjuang dengan penuh emosi kerana di Olimpik tidak lagi mengenai kemahiran teknikal sahaja,'' katanya.

Sebaliknya, beliau harus mengawal emosi yang menyelubunginya.

"Walaupun saya mengharapkan yang lebih baik, saya berpuas hati dengan cara saya mengawal emosi saya. Saya rasa ia adalah paling penting dalam proses ini,'' katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg