PENEMBAK negara, Mohd Zain Amat, adalah antara 13 nama dalam senarai rayuan yang diberi 'lampu hijau' oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk tampil di pentas Sukan Asia yang dijadualkan di Incheon, Korea Selatan, dari 19 September hingga 4 Oktober ini.
Dengan pemilihan terbaru itu - yang termasuk gandingan beregu wanita negara, Yao Lei dan Shinta Mulia Sari - menjadikan kesemuanya 223 atlit terpilih untuk ke kota Korea itu, menurut SNOC dalam satu kenyataan petang semalam.