Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TEMBAK

Penembak wanita nasional bawa pulang satu emas, dua perak di Piala Dunia

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



PENEMBAK pistol wanita nasional mencapai sasaran mereka dengan membawa pulang satu lagi pingat emas dalam acara berpasukan 25 meter wanita, kali ini di Indonesia dalam Piala Dunia Menembak Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF).



Pada Sabtu lalu, Teo Shun Xie dan adik-beradik Teh Xiu Hong dan Teh Xiu Yi menewaskan penembak Korea Selatan Oh Min-kyung, Kwak Jung-hye dan Hwang Seong-eun 16-6 pada perlawanan akhir di Lapang Sasar Senayan.



Shun Xie, 34 tahun, berkata: "Ia adalah satu lagi pengalaman yang baik, dan setiap peluang untuk bertanding adalah pembelajaran untuk memperbaiki diri.



"Kunci untuk memenangi emas sekali lagi adalah mempercayai dalam proses dan rakan sepasukan saya."



Bagi Xiu Yi, ia adalah hadiah hari jadi yang sempurna kerana beliau menyambut hari jadinya ke-27 semalam.



Beliau berkata: "Saya berasa bangga untuk berada dalam pasukan yang menakjubkan ini dan mempunyai rasa kepuasan pada masa yang sama.



"Kami memenangi ini sebagai satu pasukan sebelum mereka membatalkan acara ini daripada Piala Dunia (kerana ia bukan acara Olimpik).



"Dengan kemenangan ini, saya berasa bermotivasi untuk meningkatkan prestasi saya untuk pertandingan yang akan datang.



Sementara itu, kakaknya Xiu Hong juga mempunyai sebab lain untuk bergembira selepas memenangi perak dalam acara 25 meter wanita.



Beliau dikalahkan 23-22 oleh penembak Austria Sylvia Steiner dalam perlawanan akhir yang menarik.



Kedua-dua penembak bermula dengan gelisah dan Xiu Hong berjaya mendahului 4-3 selepas dua siri lima tembakan, sebelum Steiner mencari sasaran 14 kali daripada 15 tembakan seterusnya untuk melonjak ke hadapan 17-14.



Xiu Hong kemudian menyamakan kedudukan pada 18-18, sebelum akhirnya gagal.



Tetapi beliau masih mendapat mata ranking yang berharga dalam tempoh kelayakan Olimpik yang sedang berlangsung.



Pemain berusia 28 tahun itu berkata: "Walaupun saya tidak menang, saya berpuas hati, terutama dengan semua ketegangan semasa siri penentuan.



"Banyak yang saya pelajari semasa perlawanan akhir itu... Saya percaya keputusan tidak begitu penting seperti pengalaman yang kami ada.



Presiden Persatuan Menembak Singapura (SSA) Encik Michael Vaz gembira dengan kutipan satu emas dan dua perak. Beliau berkata: "Saya rasa kami berjaya melakukannya dengan baik.



"Secara individu, selain Xiu Hong, penembak senapang dan pistol wanita kami juga berada di peringkat akhir atau mencabar tempat di peringkat akhir.



"Tidak seperti perlawanan serantau, Piala Dunia memberi lebih banyak pendedahan kepada penembak kami menentang saingan global.



"Dan saya harap, dengan jurulatih pistol baru kami Lee Do-hee, ia akan membantu pasukan kami memastikan kelayakan Paris 2024."




"Ia adalah satu lagi pengalaman yang baik, dan setiap peluang untuk bertanding adalah pembelajaran untuk memperbaiki diri.

Kunci untuk memenangi emas sekali lagi adalah mempercayai dalam proses dan rakan sepasukan saya."

- Teo Shun Xie.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >