SUKAN SEA
Penembak wanita 'sapu' bersih tiga tempat pertama
Namun, pemenang tempat ketiga serah pingat kepada peserta Malaysia demi semangat kesukanan
Jun 07, 2015 | 05:30 AM
PENEMBAK wanita Singapura 'menyapu' bersih tiga tempat pertama dalam acara perseorangan rifel angin 10 meter semalam.
Namun, Martina Veloso, pemenang tempat ketiga, tidak berkalung pingat gangsa. Sebaliknya, pingat yang dimenanginya diberi penganjur kepada peserta Malaysia, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, yang asalnya mendapat tempat keempat.