Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Pengganti Yoshida: Keutamaan harus diberi bagi teruskan kemajuan dicapai Singa sejauh ini

Pihak berkepentingan harus pantas bertindak, atur rancangan untuk dapatkan pengganti bagi persiapkan pasukan hadapi pertandingan akan datang: Bekas pemain, jurulatih kelab setempat kongsi reaksi
Dec 30, 2021 | 05:30 AM



USAHA mencari ketua jurulatih baru bagi pasukan bola sepak Singapura telah bermula, dengan pihak berkepentingan sukan itu di sini berkata keutamaan harus diberikan kepada usaha memelihara kemajuan yang dikecapi di bawah kepimpinan Tatsuma Yoshida.



Yoshida, 47 tahun, yang telah memimpin pasukan nasional sejak Mei 2019, mengumumkan keputusannya untuk berundur dari jawatan itu di satu sidang akhbar kelmarin, setahun sebelum kontraknya dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) luput dan beberapa hari selepas Singapura tersingkir dari Piala AFF Suzuki.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, bekas kapten pasukan nasional Aide Iskandar berkata pihak berkepentingan harus pantas bertindak dan mengatur rancangan untuk mempersiapkan pasukan bagi pertandingan akan datang, termasuk bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan.



"Kita perlu pantas meneliti semula perkara yang telah dilakukan dengan betul dan pada masa yang sama, mengenal pasti perkara yang boleh diperbaiki.



"Mencari jurulatih baru, sama ada bagi tempoh sementara atau secara tetap, adalah amat penting kerana pasukan memerlukan jurulatih untuk memimpin mereka," ujar Aide, yang akur proses mendapatkan jurulatih yang sepadan dengan keperluan pasukan, dan bagi jurulatih tersebut menyesuaikan diri dengan keadaan di sini memerlukan masa yang panjang.



"Sejujurnya, saya berharap kita berjaya mendapatkan jurulatih yang bukan sahaja memahami pemain, budaya, hambatan malah masalah yang ada, dan tidak sekadar mendapatkan jurulatih yang kelas utama tetapi tidak berupaya menangani isu-isu yang ada," kata beliau.



Yoshida, yang telah meninggalkan Singapura malam tadi, dianggap telah berjaya menyemarak semangat pemain dan membantu pasukan Singa bersaing dengan pasukan-pasukan lebih kuat dalam tempoh kepimpinannya.



Kelmarin, FAS berkata ia telah mencapai persetujuan dengan jurulatih itu dan akan membatalkan kontrak Yoshida esok.



Setiausaha Agung FAS Yazeen Buhari berkata pihaknya akan mula mencari pengganti dengan serta-merta dan berharap menemui pengganti tersebut sebelum tempoh perlawanan antarabangsa pada Mac depan.



Keutamaan akan diberikan untuk mencari jurulatih yang mengongsi falsafah permainan yang serupa seperti yang diterapkan Yoshida, kata beliau.



Pengunduran Yoshida itu berlaku hanya dua bulan selepas satu lagi kakitangan kanan FAS mengundur diri. Pengarah Teknikal Joseph Palatsides mengumumkan beliau meletak jawatan hanya lima bulan selepas menandatangani pelanjutan kontrak sehingga 2023.



Bercakap kepada The Straits Times, jurulatih Balestier Khalsa Khidir Khamis berkata apabila dilihat bersama, keputusan Yoshida dan Palatsides meninggalkan FAS boleh memberi gambaran keadaan yang tidak stabil dalam sistem bola sepak nasional.



"... jika ada perubahan di peringkat ketua jurulatih atau pengarah teknikal, ia tidak memberi gambaran yang baik.



"Kita perlu memastikan kita dapatkan pelantikan seterusnya yang lebih stabil. Memberi komitmen selama lima tahun bukanlah suatu yang terlalu berat untuk diminta (daripada calon pengganti)," ujar beliau.



Jurulatih Geylang International Mohd Noor Ali pula berkata pengunduran itu sesuatu yang mengejutkannya kerana Yoshida telah menyemarak semangat pasukan dengan baik dan juga berusaha mendekati jurulatih setempat.



"Kita semua telah melihat bagaimana Singapura beraksi di separuh akhir (Piala Suzuki AFF). Pemain menunjukkan semangat juang tinggi. Jadi (keputusan) ini adalah suatu yang mengejutkan.



"Tapi kini kita perlu memandang ke hadapan dan memberi tumpuan kepada usaha yang selanjutnya supaya kita dapat teruskan segala yang positif yang dilakukan selama ini," ujar beliau.



Kapten Singa, Hariss Harun, turut memuji sumbangan Yoshida dengan berkata jurulatih asal Jepun itu telah mengubah mentaliti pemain supaya menjadi sebuah pasukan yang berani, walaupun beraksi menentang pasukan yang lebih handal.




"Kita semua telah melihat bagaimana Singapura beraksi di separuh akhir (Piala Suzuki AFF). Pemain menunjukkan semangat juang tinggi. Jadi (keputusan) ini adalah suatu yang mengejutkan. Tapi kini kita perlu memandang ke hadapan dan memberi tumpuan kepada usaha yang selanjutnya supaya kita dapat teruskan segala yang positif yang dilakukan selama ini."
- Jurulatih Geylang International, Mohd Noor Ali.




"Kita perlu pantas meneliti semula perkara yang telah dilakukan dengan betul dan pada masa yang sama, mengenal pasti perkara yang boleh diperbaiki. Mencari jurulatih baru, sama ada bagi tempoh sementara atau secara tetap, adalah amat penting kerana pasukan memerlukan jurulatih untuk memimpin mereka."
- Bekas kapten pasukan nasional, Aide Iskandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >