Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengguna dadah di sukan antarabangsa boleh didakwa di bawah undang-undang baru AS

Nov 19, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang yang membenarkan pegawai negara itu mendakwa sesiapa yang terlibat dalam penggunaan dadah di acara sukan antarabangsa.



Akta Anti Penggunaan Dadah Rodchenkov itu, yang dinamakan sempena Grigory Rodchenkov - yang membocorkan pengambilan dadah sistematik dalam sukan - dijangka ditandatangani dan diluluskan oleh Presiden Donald Trump.



Ketua Agensi Anti Penggunaan Dadah Amerika (Usada) Travis Tygart berkata perkembangan itu mercu tanda besar dalam perjuangan mengadakan sukan yang bersih.



Namun, Agensi Anti Penggunaan Dadah Sedunia (Wada) berkata ia prihatin mengenai rang itu.



Rang itu, yang diluluskan Senat tanpa sebarang tentangan pada awal minggu ini membenarkan Amerika mendakwa sebarang pihak yang bersubahat menggunakan dadah di pertandingan melibatkan atlet, penaja dan syarikat penyiaran Amerika.



Ia disasarkan kepada jurulatih, ejen, pengurus dan pegawai, dan bukan atlet, yang berada dalam bidang kuasa Wada.



Hukuman yang boleh dikenakan termasuk denda sehingga $1 juta ($1.34 juta) atau penjara sehingga 10 tahun.



"Akta ini akan memberikan alat yang diperlukan untuk melindungi atlet bersih dan mengambil tindakan terhadap komplot dadah antarabangsa yang menipu sukan dan penaja serta membahayakan atlet," kata Tygart.



"Hari ini adalah yang hebat dalam perjuangan ke arah sukan yang bersih sedunia dan kami berharap akta ini segera menjadi undang-undang dan membantu atlet yang tidak menggunakan dadah."



Wada berkata meskipun ada elemen positif dalam rang itu, ia prihatin sebarang undang-undang yang lahir darinya akan menjejas rangka kerja undang-undang sedunia yang bertujuan menangani penggunaan dadah dalam sukan.



"Ada kemungkinan rang itu boleh menyebabkan undang-undang yang bertindih di negara-negara berbeza dan akan menjejas peraturan tunggal anti penggunaan dadah bagi semua sukan dan bagi semua pertubuhan anti penggunaan dadah yang dilindungi kod Wada," kata agensi itu.



Presiden Wada Witold Banka juga mempersoalkan pengecualian atlet profesional dan dari kolej di Amerika daripada undang-undang itu, meskipun kededua kumpulan atlet ini disertakan dalam draf asal.



"Jika ia kurang memadai bagi sukan Amerika, mengapakah ia dipaksa kepada atlet lain di serata dunia?"



Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata Russia menentang sebarang undang-undang Amerika, termasuk Akta Rodchenkov yang bertujuan melanjutkan kuasa Amerika melebihi sempadannya.



Rodchenkov, bekas ketua makmal anti penggunaan dadah di Moscow, melarikan diri dari negara itu pada 2015 dan membawa bersamanya bukti terperinci mengenai perbuatan penggunaan dadah yang dibiayai Russia, dan diketuai olehnya.



Pendedahan itu menyebabkan Russia dilarang daripada menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.



Rodchenkov kini menetap di Amerika di bawah program perlindungan saksi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >