Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Penghargaan England buat Rooney

Nov 17, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Wayne Rooney membuat penampilannya yang ke-120 semasa England menang 3-0 ke atas Amerika Syarikat dalam satu perlawanan persahabatan.



Pemain yang merupakan penjaring terbanyak England itu bersara daripada pasukan negaranya tahun lalu, tetapi kemudian mendapat sambutan selamat tinggal di stadium Wembley, malam kelmarin.



Rooney dimasukkan pada minit ke-58, dengan sorakan penonton selepas pasukan itu mendahului 2-0 - hasil jaringan menarik Jesse Lingard dan Trent Alexander-Arnold.



Permainan itu yang dimainkan di hadapan 68,155 penonton, dianggap perlawanan penghargaan kepada Rooney dan beliau diberi pengiktirafan oleh para pemain daripada kededua pasukan.



Rooney juga menerima cenderahati daripada Persatuan Bola Sepak (FA) England sebelum mula permainan.



Rooney bersara daripada pasukan England pada Ogos 2017, tetapi FA England mengambil keputusan untuk mengubah perlawanan persahabatan itu kepada perlawanan penghargaan kepada pemain kelahiran Liverpool itu.



Bekas pemain Manchester United berusia 33 tahun itu yang juga bekas penyerang Everton, kini bermain dengan kelab D.C United dalam Bola Sepak Liga Utama (MLS) Amerika Syarikat.



Meskipun beliau tidak memberi kesan utama kepada perlawanan tersebut, namun percubaannya cukup menguji penjaga gawang lawan, Brad Guzan, dalam masa tambahan.



Sememang golnya yang ke-54 buat England merupakan sesuatu yang amat sesuai untuk pemain itu dalam perlawanan tersebut, namun Rooney jelas kelihatan tenang sepanjang permainan dan tidak memberi peluang kepada dirinya sendiri.



Sebaliknya beliau hanya paparkan bakatnya menolak dan mengumpan bola dalam perlawanan terakhirnya di Stadium Wembley itu.



"Malam ini memang hebat. Cara hebat untuk mengakhiri kerjaya antarabangsa saya. Saya rasa semua pemain bermain dengan baik.



"Malangnya saya tidak menjaringkan gol, tapi saya akan ingati permainan ini selamanya," kata Rooney.



"Saya telah pun memberikan yang sebaiknya sebelum ini. Kini saya boleh duduk dan tonton mereka pula.



"Saya anggap England kini dalam keadaan baik selepas apa yang saya saksikan minggu ini," tambahnya.



Penyerang Bournemouth, Callum Wilson, yang membuat penampilan sulungnya dengan England, mengukuhkan kedudukan menjadi 3-0 pada minit ke-77 bagi melengkapkan perlawanan yang cukup bermakna bagi beberapa pemain baru.



Antaranya Jadon Sancho, pemain sayap kelab Borussia Dortmund, yang menunjukkan ketangkasannya dengan membuat umpanan cantik kepada Alexander-Arnold yang kemudian merembat bola dan menjaringkan gol England.



Lingard pula memberikan persambahan menarik dengan gol jaringannya merupakan rembatan yang melencung masuk ke hujung gawang lawan.



Ia bak gol serupanya semasa membuat jaringan semasa England menentang Panama dalam Piala Dunia lalu. - Reuters.




"Malam ini memang hebat. Cara hebat untuk mengakhiri kerjaya antarabangsa saya. Saya rasa semua pemain bermain dengan baik. Malangnya saya tidak menjaringkan gol, tapi saya akan ingati permainan ini selamanya. Saya telah pun memberikan yang sebaiknya sebelum ini. Kini saya boleh duduk dan tonton mereka pula. Saya anggap England kini dalam keadaan baik selepas apa yang saya saksikan minggu ini."
- Bekas penyerang pasukan England, Wayne Rooney.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >