Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SEPANYOL

Pengurus Barca kecewa bekas presiden ditahan

Koeman: Tindakan berkaitan isu kewangan boleh jejas imej kelab
Mar 04, 2021 | 05:30 AM



BARCELONA: Pengurus Barcelona, Ronald Koeman, berkata beliau berasa "kecewa" mengenai penahanan bekas presiden Josep Maria Bartomeu berikutan siasatan tentang masalah kewangan kelab itu.



Bartomeu salah seorang daripada empat orang yang diberkas dalam satu siasatan ke atas isu kewangan menyelubungi Barcelona.



"Ini perkara yang boleh menjejas imej kelab," kata Koeman.



Bartomeu, yang meletak jawatan sebagai presiden Barcelona Oktober lalu, ditahan polis Isnin lalu bagi membantu siasatan mengenai skandal yang digelar Barcagate.



Penahanan itu dibuat hanya enam hari sebelum pemilihan presiden baru Ahad ini.



Ketua Eksekutif Barcelona sekarang, Oscar Grau; ketua pegawai guaman Roma Gomez Ponti, dan penasihat Bartomeu, Jaume Masferrer, turut ditahan polis Catalan, yang menggeledah ibu pejabat kelab itu.



Grau and Gomez Ponti dibebaskan petang semalam tetapi Bartomeu dan Masferrer terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Barcelona, menurut media Sepanyol.



"Apabila saya mendengar berita itu, saya amat kecewa kerana saya kenal rapat Bartomeu dan Grau," kata bekas kapten Koeman, yang kembali ke kelab itu sebagai pengurus Ogos lalu.



"Saya berasa simpati pada mereka. Bartomeu seorang yang amat luar biasa. Kita harus tunggu dan lihat apa akan terjadi (berhubung siasatan yang masih dijalankan).



"Saya belum berada di sini semasa kejadian itu, jadi saya tidak dapat mengulas tentangnya. Kita hanya perlu fokus pada perjuangan kita di dalam padang," ujar Koeman.



Polis Catalan Mossos d'Esquadra berkata dalam satu kenyataan bahawa penahanan itu sebahagian daripada proses siasatan jenayah berkaitan harta dan kewangan yang berlarutan hampir setahun.



Barcelona dalam kenyataannya berkata operasi itu berkaitan kontroversi Barcagate tahun lalu ketika kelab tersebut dituduh menyembunyikan bayaran kepada syarikat 13 Ventures yang dilantik khusus bagi menaikkan imej Bartomeu di media sosial.



"FC Barcelona sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penguasa undang-undang dan polis bagi memberi maklumat, bergantung proses siasatan," kata kelab itu dalam kenyataannya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >