Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengurus besar Gojek dipilih presiden baru Persatuan Atletik S’pura

Sep 25, 2020 | 11:16 PM



PERSATUAN Atletik Singapura (SA) akan diterajui pemimpin baru selepas pengurus besar firma Gojek Lien Choong Luen dipilih sebagai presiden persatuan itu untuk tempoh dua tahun.



Lien, 43 tahun, dan pasukannya, Team Ground Up, berjaya menewaskan TeamSGP Athletics yang diketuai peguam Edmond Pereira 14-3 di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu Jumaat malam (25 September).



Pereira, 70 tahun, penyokong tegar sukan tempatan, kini telah empat kali gagal dipilih untuk menerajui SA - pada 1984, 2000, 2016 dan tahun ini.



Mandat yang kuat juga disaksikan di AGM malam ini dengan semua sembilan anggota Team Ground Up dipilih menyertai jawatankuasa pengurusan baru SA.



Perubahan pada kepimpinan persatuan ini timbul sedang SA menghadapi pelbagai kontroversi sejak lima tahun lalu termasuk saga tindakan guaman yang mendapat liputan media; perbualan WhatsApp kontroversi terhadap jurulatih persatuan yang dijadikan tatapan umum; dan pertelingkahan berprofil tinggi antara atlet nasional.



Jawatankuasa pengurusan baru SA terdiri daripada Lien Choong Luen, Gary Yeo, Joe Yap, Marinda Teo, Arthur Lin, Belinda Neo, Jonathan Tan Liong, Chen Siyuan dan Kelvin Ang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >