Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Pengurus bola sepak kian dihukum di media sosial'

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Tekanan yang dikenakan ke atas pengurus kelab bola sepak menerusi media sosial kini tidak terkawal, kata Phil Neville yang kini bertugas sebagai jurulatih kelab Inter Miami di Major League Soccer, Amerika Syarikat.



Neville, bekas pemain England dan rakan sepasukan Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United, berkata kritikan yang kini dilontar ke arah pengurus di Old Trafford itu agak keterlaluan dan ada yang melampaui batas.



Tekanan ke atas Solskjaer untuk meletak jawatan dan ke atas pemilik United untuk memecatnya bertambah selepas United kalah teruk kepada Liverpool di tempat sendiri hujung minggu lalu.



Namun, Solskjaer dijangka terus memimpin United bagi perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Tottenham Hotspur pada Sabtu ini.



Bercakap kepada BBC, Neville berkata:



"Media sosial bak tempat perhimpunan orang yang tiada perkara lebih baik untuk dilakukan selain mengecam orang lain.



"Malangnya, kita hidup dalam era di mana sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang mengecam orang lain dan memintanya dipecat di media sosial.



"Bayangkan jika keadaan yang serupa berlaku di tempat kerja anda... orang yang tidak anda kenali pergi ke pejabat anda dan menuntut anda dipecat? Saya rasa mungkin anda akan membuat laporan polis."



Menurut Neville, kata-kata yang dilontar sewenang-wenangnya itu melukai bukan sahaja Solskjaer, malah keluarga dan kenalan rapatnya.



Menambah, Neville berkata satu kekalahan besar tidak akan menentukan nasib kelab di penghujung musim.



Neville sendiri menganggotai pasukan United yang kalah 0-5 kepada Newcastle dan selanjutnya 6-3 kepada Southampton pada Oktober 1996, tetapi pasukan tersebut menjulang trofi kejuaraan EPL di akhir musim itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >