Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEREBUTAN TEMPAT KETIGA

Pengurus England mahu pasukan menang

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



SAINT PETERSBURG (Russia): Pengurus England, Gareth Southgate, mengakui bahawa tiada pasukan berminat beraksi dalam perlawanan menentukan tempat ketiga di Piala Dunia ini tetapi pertemuan dengan Belgium di sini hari ini (11 malam ini waktu Singapura) membuka peluang kepada pasukannya menamatkan saingan dengan langkah kemenangan.



Kekalahan penuh kekecewaan 1-2 kepada Croatia dalam masa tambahan di separuh akhir Khamis lalu menutup peluang anak didik Southgate menjulang mahkota Piala Dunia buat kali kedua. Mereka kini tampil dalam pertarungan 'sagu hati' bagi merebut tempat ketiga a menentang Belgium.



Belgium, pimpinan Roberto Martinez, tewas 0-1 dalam satu pertarungan sengit kepada Perancis di pusingan separuh akhir pertama Rabu lalu, telah pun bersemuka dengan England dalam satu perlawanan dengan kedua-dua tidak mahu menang di peringkat kumpulan awal sebelum ini.



Bagaimanapun gol jaringan Adnan Januzaj memberikan pasukan generasi emas Belgium kemenangan untuk muncul juara Kumpulan G - tetapi laluan lebih sukar di pusingan kalah mati.



Pertemuan pertama itu menyaksikan kededua jurulatih merehatkan beberapa tunggak pasukan - senario yang sama dijangka bagi perlawanan hari ini di Saint Petersburg dengan beberapa pemain simpanan ghairah mahu disertakan dalam kesebelasan utama pasukan masing-masing.



"Sejujurnya ia satu perlawanan di mana tiada pasukan yang mahu turun bermain," ujar Southgate, yang pasukan mudanya dilaungkan sebagai wira oleh media di Britain di atas kejayaan mengorak langkah sejauh ke separuh akhir temasya di Russia ini.



Namun pengurus The Three Lions itu menegaskan beliau tidak akan merubah pendekatan pasukannya dalam usaha mencatatkan kedudukan terbaik mereka sejak menjulang Piala Dunia pada 1996.



"Tidak syak lagi, kami mahu menunjukkan prestasi yang dapat dibanggakan.



"Setiap kali kami menyarungi jersi pasukan nasional, kami mahu bermain dengan penuh bangga... bermain dengan baik dan kami mahu memenanginya," jelas Southgate.



Hanya dua penjaga gawang pasukannya - Jack Butland dan Nick Pope - yang masih belum beraksi di Piala Dunia ini dengan Southgate memilih untuk mengekalkan kesebelasan utama yang sama sepanjang pusingan kalah mati ini.



Bagi Belgium, yang beraksi cemerlang menyingkirkan juara Piala Dunia lima kali Brazil di pusingan suku akhir, kebanyakan pemainnya dijangka akan beraksi menjelang edisi kejohanan ini pada 2022 sekalipun mungkin Vincent Kompany dan Jan Vertonghen sudah pun bersara daripada bola sepak antarabangsa.



Martinez, yang telah pun melanjutkan kontraknya sehingga selepas kejohanan Euro 2020, kini berpeluang memimpin pasukan bergelar The Red Devils itu mencatatkan keputusan terbaik mereka dalam sejarah kejohanan ini - selepas kejayaan menduduki tempat keempat di Piala Dunia 1986.



"Kami mahu menamatkan cabaran di tahap tinggi dan pemain-pemain kami sememangnya wajar menamatkan kejohanan dengan kemenangan," ujar Martinez.



"Anda perlu menyambar peluang menduduki tempat ketiga di Piala Dunia... ia bukanlah sesuatu yang berlaku selalu, jadi anda perlu fahami bahawa ia (perlawanan merebut tempat ketiga) adalah satu pertarungan yang penting.



"Tetapi saya menerima hakikat ia sesuatu yang sukar kerana cita-cita anda ialah melayakkan diri ke final... adalah sukar bersiap bagi perlawanan ini," tambah jurulatih asal Sepanyol itu lagi. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >