Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Pengurus Everton: Marcelo Bielsa, Sean Dyche, Wayne Rooney jadi pilihan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pengurus Everton: Marcelo Bielsa, Sean Dyche, Wayne Rooney jadi pilihan

Jan 26, 2023 | 05:30 AM

LONDON: Pemilik Everton, Farhad Moshiri kini sedang mencari-cari pengurus ketujuh sejak beliau menjadi pemilik kelab itu.

Namun, pengganti pengurus keenam, Frank Lampard - yang dipecat minggu lalu - perlu mempunyai kuasa 'ajaib' untuk menyelamatkan Everton dengan musim Liga Perdana England (EPL) berbaki kurang 20 perlawanan.

Everton kini berada di tangga ke-19 dan sejarah menunjukkan kelab yang berada di kedudukan itu di peringkat musim ini biasanya akan tercicir ke divisyen lebih rendah.

Bukan itu sahaja, pengurus baru juga perlu bekerjasama dengan pemilik yang pada masa ini telah memecat pengurus berkaliber seperti Roberto Martinez, Ronald Koeman, Sam Allardyce, Marco Silva dan Rafael Benitez.

Beberapa nama kini telah ditimbulkan bagi mengisi jawatan tersebut, dengan tiga nama paling menonjol, iaitu Marcelo Bielsa, Sean Dyche dan Wayne Rooney.

Berita Harian (BH) meneliti tiga pilihan ini dengan lebih dekat.

MARCELO BIELSA

Pengurus warga Argentina ini dikatakan adalah pilihan utama bagi Moshiri, tetapi Bielsa telah menyuarakan keprihatinan kerana cara beliau akan dilantik dan pemain yang dimiliki Everton pada masa ini yang pada hematnya, tidak berkeupayaan beraksi mengikut kehendaknya.

Bielsa, 67 tahun, bertaraf legenda dalam kalangan penyokong Leeds, kerana peranannya beliau mengubah kelab itu dan membawa mereka ke Liga Perdana England (EPL), tetapi beliau dipecat pada Februari tahun lalu selepas kelab itu mengalami beberapa kekalahan berturut-turut.

Namun, Bielsa dipercayai amat berminat untuk kembali menguji keupayaannya di England.

Satu adangan ialah cara beliau mengatur strategi yang menuntut supaya setiap pemain berada pada tahap kecergasan tertinggi dan berlari pantas sepanjang 90 minit permainan.

Adakah pemain yang dimiliki Everton sekarang rela mengubah cara permainan dan bertungkus-lumus dengan cara sedemikian bagi baki musim ini?

SEAN DYCHE

Pengurus ini sentiasa dikaitkan dengan jawatan pengurus di Everton tetapi tidak pernah diundang bagi perbincangan rasmi oleh kelab itu.

Namun, kini Everton terdesak, dan mungkin, Moshiri dan pengarah bola sepak kelab itu, Kevin Thelwell, berasa terdorong untuk menimbangkan semula melantik Dyche sebagai pengurus.

Rekod Dyche di Burnley menunjukkan beliau sebagai seorang pengurus yang bukan sahaja berpersonaliti teguh dan tegas mendisiplinkan pasukan, malah tidak segan menggugurkan pemain bertaraf bintang yang tidak beraksi mengikut jangkaan.

Pada masa ini, Everton memerlukan pengurus yang juga berupa 'orang kuat' dan mungkin Dyche adalah orang yang dicari-cari.

WAYNE ROONEY

Tidak berapa lama dahulu, bekas pemain Everton dan Manchester United ini menolak lamaran kelab itu untuk ditimbangkan sebagai pengurusnya.

Pada ketika itu, Rooney sedang berkhidmat dengan Derby County dan beliau berkata beliau tidak akan berunding dengan kelab lain di England selagi masih diikat kontrak.

Namun, kini beliau berada di Washington, di mana beliau menguruskan kelab Major League Soccer (MLS) DC United dan sebarang lamaran dari Everton mungkin terlalu hebat untuk ditolaknya.

Bagi Everton pula, mengambil Rooney sebagai pengurus diiringi risiko yang tinggi kerana beliau tidak berpengalaman menguruskan pasukan di peringkat tertinggi.

Pada masa yang sama pula, Rooney adalah seorang pemain yang begitu bersemangat dan ini juga dilihat semasa beliau menjadi pengurus di Derby dan DC United.

Mungkin, pada saat ini, Everton memerlukan pengurus yang boleh mempengaruhi pasukan dengan semangatnya dan dari segi ini, Rooney adalah pilihan yang terbaik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3