PIALA DUNIA - CABARAN ASIA BERAKHIR
Pengurus Jepun akui amat kecewa
Jul 04, 2018 | 05:30 AM
ROSTOV-ON-DON (Russia): Jurulatih Jepun, Akira Nishino, melahirkan kekecewaan selepas menyaksikan pasukan Samurai Blue pimpinannya tersingkir daripada Piala Dunia menyusuli kekalahan 2-3 "yang menyakitkan sekali" kepada Belgium di sini dinihari semalam.
"Saya rasa ia ibarat satu tragedi tetapi saya perlu menerima hakikat kekalahan itu... saya begitu remuk dan kecewa sekali," ujar Nishino.