BOLA SEPAK EROPAH

Pengurus Juventus gesa anak buah kekal kemenangan di Serie A

MILAN: Massimiliano Allegri menggesa pasukannya, Juventus, agar tidak memikirkan sangat kekalahan mengejut mereka kepada Manchester United tetapi menggunakan pengalaman "drama" Liga Juara-Juara itu bagi mengelak daripada mengulanginya semasa menentang AC Milan dalam Serie A, esok.

Gawang Juventus bolos dua gol lewat semasa ditewaskan kelab Liga Perdana England itu - kekalahan pertama mereka musim ini, tetapi bersungguh-sungguh meluaskan rentak tanpa kalah mereka dalam Serie A sedang mereka menyasarkan kejuaraan liga Italy buat kali kelapan.

Juara Italy itu mempunyai 31 mata daripada 11 permainan - enam mata lebih berbanding Inter Milan dan Napoli - dengan AC Milan pula di tangga keempat, empat mata tambahan di belakang bersama Lazio.

Yang pasti Milan yang dipimpin Gennaro Gattuso akan berusaha sedaya-updaya memberi tentangan kepada Juventus semasa kededua pasukan itu bertemu di Stadium San Siro.

Apatah lagi baru-baru ini Milan berjaya mendapatkan gol kemenangan pada minit ke-97 semasa pasukan itu menentang Udinese.

"Tiada siapa jangkakan kami boleh menang semua permainan, tapi kekalahan sebegini, yang menjejas psikologi pemain, boleh menjejas kami," kata Allegri.

"Tapi kami akan lebih bijak dan berusaha dapatkan jaringan awal semasa menentang AC Milan.

"Saya tidak bimbang tapi kami perlu lebih tepat semasa di hadapan gol lawan."

Allegri berkata demikian selepas beberapa percubaan yang tersasar semasa perlawanan menentang Manchester United, meskipun Cristiano Ronaldo menjaringkan gol voli menarik dalam perlawanan itu.

Pasukan Allegri merupakan satu-satunya kelab Italy yang tewas di peringkat Eropah minggu lalu.

Inter Milan berjaya sekat Barcelona dengan keputusan 1-1, Napoli seri 1-1 dengan Paris Saint-Germain, dan Roma tundukkan CSKA Moscow 2-1.

Lazio pula menempah tempat ke pusingan kalah mati Liga Europa dengan keputusan 2-1 ke atas Marseille dengan AC Milan pula seri dengan Real Betis. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:06
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.