Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengurus Leicester City, Claudio Ranieri, dipecat

Feb 24, 2017 | 08:22 AM



LONDON - Claudio Ranieri dipecat sebagai pengurus Leicester pada Khamis - kurang setahun selepas memimpin kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris.



Beliau antara beberapa pengurus yang dipecat bagi musim 2016-17.



Pada 3 Oktober lalu, Swansea memecat pengurus dari Italy Francesco Guidolin pada hari lahirnya yang ke-61 selepas hanya sembilan bulan - setelah menyelamatkan kelab itu daripada tersingkir daripada liga musim 2015-16 - dan melantik Bob Bradley dari Amerika sebagai penggantinya.



Pada 22 Disember pula, Crystal Palace memecat Alan Pardew beberapa bulan selepas beliau hampir membawa pasukannya menjulang Piala FA tetapi tewas kepada Manchester United pada masa tambahan. Palace melantik Sam Allardyce menggantikannya.



Pada 27 Disember: Swansea menamatkan khidmat Bradley selepas 85 hari. Beliau hanya memimpin pasukannya menang dua dariapda 11 perlawanan, dan melantik jurulatih Inggeris Paul Clement sebagai pengganti.



3 Januari: Hull memecat Mike Phelan selepas 82 hari. Beliau sebelum ini telah menjadi pengurus sementara sejak Steve Bruce meletak jawatan beberapa hari sebelum permulaan kempen. Jurulatih Portugal Marco Silva diambil bagi menyelamatkan Hull dari tersingkir.



23 Februari: Juara Leicester berada di zon bahaya akan tersingkir selepas tewas lima perlawanan berturut-turut tanpa gol. Ranieri dipecat. Pengurus dari Italy itu tidak dapat membendung rasa malu apabila tewas di tangan pasukan divisyen tiga Millwall dalam Piala FA, di tengah-tengah laporan bahawa para pemain tidak senang dengan taktik dan pemilihan pasukan. Dan kurang 24 jam selepas tewas 2-1 dalam Liga Juara-Juara Rabu di Sevilla, Ranieri dipecat. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >