Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penjaga gawang asal Amerika 'capai impian' sertai Arsenal

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penjaga gawang Amerika Syarikat, Matt Turner (gambar atas), berkata beliau telah mencapai impian menyertai kelab kegemaran selepas menyertai Arsenal secara rasmi kelmarin.



Turner, 28 tahun, menyertai Arsenal dalam perjanjian jangka panjang - yang telah dipersetujui pada Februari lalu - dari pasukan Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika, New England Revolution.



Beliau telah menyarung jersi New England sebanyak 102 kali dalam tempoh enam tahun bersama kelab itu.



"Saya menyaksikan cara Arsenal bermain sejak kecil lagi... dan dari saat itu, saya jatuh cinta dengan cara pasukan ini beraksi di padang dan nilai-nilai yang dijiwai pemainnya," kata Turner.



"Pada ketika itu, saya sama sekali tidak menyangka akan dapat menyarung jersi Arsenal sebagai seorang pemain... tapi saya hanya berusaha gigih untuk mempersedia diri dan menjadi pemain terbaik yang saya mampui.



"Kini, impian saya menjadi realiti dan ini adalah antara hari paling istimewa dalam hidup saya."



Pada 2020, Turner dinamakan sebagai pemain terbaik oleh penyokong dan rakan sepasukan di New England.



Pada Ogos 2021, beliau dipilih dalam perlawanan All-Star MLS, di mana beliau menjaringkan dua penalti.



Buat masa ini, Turner telah mewakili Amerika sebanyak 18 kali dan dalam skuad pasukan negaranya yang akan beraksi di Piala Dunia Qatar hujung tahun ini.



Mengulas, pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata:



"Matt ialah penjaga gawang berpengalaman yang akan memperkukuh pasukan kami. Beliau telah membuktikannya di peringkat kelab dan juga di peringkat antarabangsa." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >