Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penolong pengurus Crystal Palace 'naik berang' kritik persembahan

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Pengurus Crystal Palace Roy Hodgson mengatakan ia memerlukan penolong pengurus Ray Lewington 'naik berang' semasa bercakap dengan pasukannya pada waktu rehat untuk menghidupkan semula mereka dalam perlawanan seri menentang Leicester City kelmarin.



Setelah dibelasah 7-0 oleh Liverpool dan tewas 3-0 kepada pasukan 10 pemain Aston Villa, Palace adalah pasukan kedua terbaik sepanjang 45 minit pertama perlawanan dan hanya berjaya ke waktu rehat seri tanpa goal selepas Vicente Guaita menyelamatkan penalti Kelechi Iheanachi pada minit ke-19.



"Kami hairan bahawa kami pasif seperti dulu," kata Hodgson kepada Match of the Day.



"Kami tidak langsung berpuas hati dengan persembahan separuh pertama kami. Mereka lebih agresif daripada kami dan kami ditekan untuk melakukan kesilapan."



"Saya sama sekali tidak senang dengan babak pertama dan Ray Lewington pada waktu rehat hampir naik berang dalam kritikannya terhadap apa yang kami persembahkan. Nasib baik ia menghasilkan kesan yang diperlukan," kata Hodgson kepada wartawan.



Pasukan tuan rumah memaparkan lebih saingan selepas waktu rehat dan mendahului keadaan ketika Wilfried Zaha menyempurnakan gol cantik daripada hantaran Andros Townsend pada minit ke-58.



Namun, gol Harvey Barnes pada minit ke-83 menyelamatkan satu mata buat Foxes.



"Ia hampir menyebabkan (Lewington) serangan jantung untuk hasilkan tenaga sebegitu," kata Hodgson dalam wawancara berasingan bersama Amazon Prime.



"Itu adalah apa yang Crystal Palace ingin jadi dan kami tekan (pemain dengan pemilikan) bola dengan lebih baik.



"Kami nampak mengancam semasa menyerang tetapi malangnya kami tidak dapat tiga mata penuh sebab Barnes menjaringkan gol yang mantap," tambah Hodgson.



Leicester berpeluang memenangi perlawanan di peringkat akhir perlawanan apabila rembatan Ayoze Perez dari tepi kotak penalti hampir-hampir masuk ke gawang.



Satu mata yang diraih dalam perlawanan itu bermakna Leicester naik menghuni tangga kedua Liga Perdana sementara Palace lapan mata selamat daripada kedudukan tiga terbawah.



Palace, yang menduduki tangga ke-13 dengan 19 mata, dijadual menerima kunjungan Sheffield United pada Sabtu ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >