GRAND PRIX MOTOSIKAL
Penunggang muda terpilih sertai 'street racing' di Sepang
Hasroy Osman catat prestasi baik di peringkat saringan, bakal hadapi selekoh tajam pada kelajuan cukup tinggi
Apr 15, 2015 | 05:30 AM
TUMPUANNYA sejak dua, tiga tahun lalu ialah pada perlumbaan 'motocross' yang lebih lasak.
Tahun ini, penunggang berbakat Singapura, Muhammad Hasroy Osman, mengalihkan pula perhatiannya kepada perlumbaan motosikal jalan raya atau 'road racing' apabila bersaing dalam kejohanan Asia Dream Cup 2015, bermula dengan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang pada 16 hingga 19 April ini.