Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020: Pencapaian membanggakan Team Singapore petanda semangat cemerlang, pengorbanan tanpa henti

Sep 04, 2021 | 04:38 PM



SEMANGAT kesukanan dan prestasi delegasi Team Singapore pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang bakal melabuhkan tirainya Ahad (5 September) ini cukup membanggakan dengan kecemerlangan diraih.



Ini merupakan kali kesembilan negara ini mengambil bahagian dengan dua pingat emas diraih Ratu Renang, Yip Pin Xiu, tahun ini.



Dalam Sukan Paralimpik Rio 2016, Singapura membawa pulang dua pingat emas dan satu pingat gangsa.



Dalam satu kenyataan Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura pada Sabtu (4 September), pencapaian Team Singapore dalam acara gilang-gemilang buat golongan istimewa ini disingkap semula.



Yip adalah atlet Singapura yang pertama berjaya mempertahankan pingat emas Paralimpiknya dalam kedua-dua kategori renang kuak lentang 50 meter dan 100 meter Wanita (S2). 



Beliau juga juara dunia bertahan dan pemegang rekod bagi kedua-dua kategori dan sejauh ini memiliki lima pingat emas Paralimpik dan satu pingat perak.



Mengulas kejayaan mencatat masa terbaik bagi dua musim, Yip berkata:



"Keupayaan saya mempertahankan kedudukan saya dengan jaya merupakan impian saya sejak lima tahun lalu. Saya sungguh gembira dan berbesar hati kerana dapat mengharumkan nama Singapura. Ini adalah perjalanan panjang lagi mencabar tetapi mendengar lagu kebangsaan, Majulah Singapura, berkumandang serta melihat bendera Singapura berkibar tinggi di Pusat Akuatik Tokyo, menjadikan segalanya berbaloi.



"Terima kasih kepada semua warga Singapura kerana menunjukkan sokongan anda buat Team Singapore," jelas Yip.



Secara keseluruhannya, atlet Singapura menyertai 18 acara merentasi enam sukan dengan mencatat tujuh rekod peribadi baru, lima rekod nasional dan dua masa terbaik secara musiman. Singapura juga merakam 13 kejayaan '10 Terbaik' dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.



"Kami bangga di atas pencapaian semua atlet Team Singapore sepanjang dua minggu lalu. Ini adalah acara yang tiada tolok bandingnya dan atlet kita telah memaparkan profesionalisme sepanjang perjalanan mereka dari awal sampai akhir.



"Dengan keperluan mengubahsuai program latihan, mengemudi pandemik kesihatan ini dengan kurangnya peraduan antarabangsa, memastikan mereka kekalkan fokus dan kesejahteraan minda, atlet kita menunjukkan mereka cerminan terbaik etos Singapura.



"Saya tabik hormat kepada mereka dan saya mengucapkan terima kasih kerana komitmen mereka pada sukan masing-masing dan semangat serta keinginan membanggakan Singapura di pentas dunia.



"Mereka menyatukan warga Singapura dan saya tahu warga Singapura bangga mereka diwakili setiap seorang daripada atlet ini. Saya juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan buat Jepun dan semua penduduknya kerana menjadi tuan rumah yang baik budi dan kerana menganjurkan acara sukan bertaraf dunia yang tiada cacat cela dalam keadaan yang mencabar," kata Chef de Mission, Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cik Shirley Low.



Atlet Melayu yang mewakili negara turut mencatat keputusan menggalakkan.



Olahragawan bola besi atau 'shot put', Muhammad Diroy Noordin, yang mewakili negara buat kali kedua, memperbaiki rekod nasionalnya dengan lontaran 9.92 meter. Beliau jatuh ke tempat kelapan.



Pemanah Nur Syahidah Alim pula meraih tempat kesembilan dalam kategori Kompaun Individu Wanita (Terbuka) selepas kalah tipis dengan peserta Turkey.



Wakil pertama Singapura ke Sukan Paralimpik dalam sukan angkat berat,  Nur Aini Mohamad Yasli, pula berada di tempat keenam dengan mengangkat 77 kilogram.



Pengerusi Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC), Profesor Madya Teo-Koh Sock Miang, turut sependapat dengan Cik Low dan menekankan bahawa ini adalah permulaan perjalanan ramai atlet Team Singapore.



"Dengan empat atlet berjaya mewakili negara buat kali pertama pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 manakala atlet berpengalaman pula terus mencatat prestasi yang baik, gabungan pengalaman muda belia dan golongan berpengalaman ternyata membawa jaya serta akan menjadi laluan maju ke depan buat Team Singapore.



"Saya berterima kasih kepada atlet kita kerana kekuatan, kebingkasan dan pengorbanan yang mereka lakukan dalam mewakili Singapura pada acara mercu sukan ini. Banyak usaha dilaburkan di balik tabir dan kami berterima kasih di atas sokongan ramai rakan kerjasama dalam sukan.



"Pasukan kita kini akan membuat persiapan bagi putaran Paralimpik selanjutnya dengan kenangan yang tercipta di Tokyo adalah buat selama-lamanya. Lebih daripada itu, saya menaruh harapan lebih ramai golongan kurang upaya akan terdorong untuk tampil bagi merebut peluang menyertai bidang sukan," jelas Profesor Madya Teo-Koh lagi.



Daripada kontinjen Singapura seramai 41 orang ini, 26 daripadanya sudah pun berlepas dari Tokyo dengan baki 15 atlet dan pegawai dijadualkan berlepas pada Ahad (5 September) sebagai langkah berjaga-jaga dalam perihal kesihatan dan keselamatan.



Justeru, Team Singapore tidak akan hadir pada acara penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Ahad.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, mengulas:



"Saya berpeluang mengenali atlet Team Singapore kita dan belajar tentang perjalanan mereka. Atlet kita sudah memberikan banyak dan berlatih gigih bagi mewakili Singapura di pentas sukan terbesar.



"Sepanjang acara Paralimpik ini, saya menyaksikan sendiri kecekalan, kekuatan dan kecemerlangan. Mereka menunjukkan kepada kita semua kuasa kemampuan - Singapura boleh bersaing dengan yang terbaik di dunia.



"Saya ingin berterima kasih kepada atlet kita, keluarga mereka dan pasukan di belakang mereka kerana kerja keras dan pengorbanan sejak beberapa tahun lalu. Ia bukanlah perjalanan yang mudah buat mereka khususnya dalam keadaan yang tidak menentu ini.



"Saya berharap kisah mereka akan mencetus inspirasi buat kita semua agar bingkas dalam mengatasi cabaran dan bersedia untuk menebar impian besar," kata Encik Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >