Penyerang Arsenal Alexis Sanchez mengaku tipu cukai

BARCELONA - Pemain penyerang Arsenal Alexis Sanchez Isnin (16 Jan) mengakui menipu pihak berkuasa cukai Sepanyol euro 983,443 ($1.49 juta) ketika bermain dengan pasukan Barcelona.

Pengakuan pemain antarabangsa Chile berusia 28 tahun itu mungkin bermakna dia dikenakan denda dan mungkin hukuman penjara bukan-tahanan.

Memberi keterangan melalui pautan video dari London, Sanchez "mengakui kesilapan cukai yang telah diselesaikan dengan Perbendaharaan Sepanyol," kata sumber kehakiman.

Sanchez mengakui bahawa pengisytiharan cukainya bagi 2012 dan 2013 tidak termasuk keuntungan daripada hak imej beliau, yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di Malta.

Dia mengakui bahawa tidak mencatatkan bahawa dia memiliki syarikat Numidia Trading Limited.

Kes itu serupa dengan kes rakan sepasukan di Barcelona Javier Mascherano, yang dijatuhi hukuman penjara satu tahun Januari 2016 dan denda euro 815,000 kerana penipuan cukai.

Di Sepanyol hukuman kurang daripada dua tahun umumnya tidak dijalankan.

Bintang Barcelona dan Argentina Lionel Messi dan bapanya juga dijatuhi hukuman 21 bulan penjara dan denda euro 2 juta pada Julai 2016 kerana penipuan cukai dianggarkan lebih euro 4 juta antara 2007 dengan 2009. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.