Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Penyerang Brentford Toney yakin diajak wakili England

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Brentford Ivan Toney berkata beliau "tidak pernah meragui" akan menerima jemputan menyertai skuad England.



Toney, 26 tahun, menjaringkan lima gol sejauh ini dalam tujuh perlawanan Liga Perdana England (EPL) musim ini dan disenaraikan dalam skuad Gareth Southgate bagi perlawanan Liga Negara-Negara menentang Italy dan Jerman bulan ini.



"Saya rasa saya mempunyai keyakinan penuh pada diri saya sendiri. Saya tidak pernah bermain bagi mana-mana kumpulan umur lain jadi untuk pergi terus ke skuad senior adalah satu pencapaian besar," katanya.



Toney, yang bermain dalam Liga Satu bersama Peterborough United pada Mac 2020, baru-baru ini mendapati dirinya disenaraikan dalam skuad England hanya dua bulan sebelum Piala Dunia bermula di Qatar pada 20 November.



"Ia adalah peluang besar bagi saya untuk menaiki pesawat (ke Qatar). Tetapi saya hanya perlu mengharungi perlawanan demi perlawanan. Mudah-mudahan saya akan mendapat beberapa minit dalam perlawanan yang kami adakan," katanya.



Dalam perlawanan terakhir mereka sebelum Piala Dunia, England menentang juara Eropah Italy di San Siro di Milan esok, sebelum menentang Jerman di Wembley pada 26 September.



Toney menambah: "Jika anda nyatakannya, anda sentiasa mempunyai peluang besar untuk melakukannya. Tidak kira di mana saya berada - baik ada saya dipinjamkan di sini, di sana atau di mana-mana - saya sentiasa percaya pada diri saya bahawa suatu hari nanti saya akan menjadi pemain Liga Perdana.



"Sekarang saya pemain Liga Perdana dan pemain antarabangsa England".



Dalam pada itu, kapten Liverpool, Jordan Henderson, telah dimasukkan ke dalam skuad England.



Henderson, 32 tahun, tidak disenaraikan dalam skuad awal Southgate kerana kecederaan peha.



Bagaimanapun, pemain tengah itu telah pulih dan telah menyertai skuad di St George's Park.



Beliau menggantikan Kalvin Phillips daripada Manchester City, yang menarik diri hujung minggu lalu kerana masalah bahu.



Henderson, yang telah 69 kali menyarung jersi England, terlepas tiga perlawanan terakhir Liverpool selepas mengalami kecederaan semasa menang 2-1 ke atas Newcastle United di Anfield pada 31 Ogos.



Beliau hanya membuat satu penampilan bagi England tahun ini, semasa kemenangan 2-1 dalam perlawanan persahabatan menentang Switzerland di Wembley Mac lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >