Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyerang Everton kongsi tepis masalah mental

May 30, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin, berkata "meluahkan perasaan dan berbual telah menyelamatkan nyawanya" dalam satu kenyataan penuh emosi tentang perjuangannya menangani masalah kesihatan mental musim ini.



Beliau berkata beliau terpaksa "bertahan" dan "menanggung masa yang sukar" dalam kehidupannya dan kerjaya.



Pemain antarabangsa England itu tidak dapat beraksi untuk jangka masa yang panjang dalam kempen musim ini disebabkan kecederaan.



Namun begitu, jaringannya menentang Crystal Palace memastikan Everton terus kekal bersaingan dalam Liga Perdana England (EPL) musim depan.



"Kasih sayang dan sokongan membantu saya melalui detik-detik ini," kata C alvert-Lewin.



"Satu perkara yang saya pelajari musim ini ialah setiap orang, dari pelbagai latar belakang sedang bertarung mengatasi masalah yang mungkin mereka tidak tahu tentangnya.



"Jadi, ia bukanlah satu perkara yang memalukan untuk mencari seseorang yang dapat anda ajak berbual dan anda terbuka dan jujur kepada diri sendiri tentang perasaan anda sebenarnya.



"Kepada setiap pemuda di sana yang sedang menahan emosi ini, saya sarankan anda berbual dengan kawan, ahli keluarga atau siapapun yang akan mendengar, kerana dengan cara ini telah menyelamatkan nyawa saya."



Calvert-Lewin terpaksa berehat selama empat bulan antara Ogos dan Januari kerana kecederaan paha dan kaki, dan kemudian diburukkan lagi dengan isu-isu kesihatan lain sepanjang musim ini.



Secara keseluruhan beliau menjaringkan lima gol dalam 17 perlawanan liga pada 2021-22.



Bercakap tentang faedah bercakap semasa tempoh sukar yang dilaluinya itu, beliau menambah:



"Ia akan menyedarkan anda bahawa perkara-perkara ini tidaklah seteruk seperti apa yang dilihat, dan anda akan mendapati bahawa paradoks kekuatan sebenarnya adalah apabila anda dapat menghadapi kelemahan anda."



Awal bulan ini, Persatuan Bola Sepak, Liga Perdana dan Liga Bola Sepak England mengesahkan komitmen mereka terhadap kesihatan mental dengan menandatangani deklarasi baru yang menjanjikan untuk membantu memberikan sokongan kepada pemain dan peminat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >