Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyerang muda berbisa

May 25, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS tiga musim bersama Hougang United, penyerang muda berbakat, Amir Zalani akhirnya menikmati musim terbaiknya dengan kelab tersebut.



Sejauh ini, pemain berusia 22 tahun itu telah pun ditampilkan dalam kesebelasan utama pasukan kendalian Clement Teo dalam setiap perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.



Jumlah tersebut mengatasi penampilan keseluruhannya bagi musim lalu.



Menyifatkan penglibatannya dengan pasukan The Cheetahs itu "ibarat roller-coaster", Amir yang menyertai Hougang dari Home United, bahkan berkata beliau kini lebih matang di dalam padang.



"Pada mulanya, ia sukar bagi saya kerana perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru selepas hampir enam tahun bersama Home. Saya mahu cabaran baru untuk diri saya.



"Walaupun pada dua musim pertama saya tidak mempunyai peluang yang banyak untuk beraksi, ia tidak menghambat saya untuk terus bekerja keras dan saya juga memberi tahu diri sendiri untuk berfikiran positif kerana saya tahu pintu peluang itu akan terbuka.



"Ia merupakan pengalaman pembelajaran yang baik selama saya di Hougang dan ia membantu saya untuk berkembang matang di dalam padang dan juga sebagai individu.



"Saya berbesar hati dengan jurulatih saya kerana memberi peluang ini dan saya rasa perbezaan berbanding musim lalu adalah keyakinan terhadap saya yang diberikan oleh Coach Clement," katanya.



Bakat dan semangat luar biasanya bagi memburu kecemerlangan dalam pendidikan dan bola sepak dicungkil Hougang yang menganugerahkannya Biasiswa Kelab Bola Sepak Hougang United (HGFC) pada 2016.



Perkembangan Amir bersama Hougang turut menyaksikan pemain yang menjadi bintang bola sepak Lionel Messi sebagai pemain kegemarannya, merubah gaya permainannya.



Katanya: "Saya rasa selepas beberapa tahun lalu ini, saya telah mengubah gaya permainan saya.



"Dahulu saya lebih suka menunjukkan kebolehan saya menggelecek pemain lawan, tetapi sekarang saya lebih gemar menghantar dan memberikan bola kepada rakan sepasukan dan bergerak sambil mengawal bola kerana saya rasa itulah kekuatan pasukan ini."



Bagi beliau, bermain di samping pemain nasional seperti Faris Ramli dan juga kapten pasukan, Zulfahmi Ariffin telah banyak membantunya mempertingkatkan permainannya dan berasa lebih selesa serta yakin apabila berada di dalam padang.



"Untuk beraksi di samping Faris (idola saya) dan juga Zul adalah satu kesempatan yang menakjubkan.



"Merekalah yang selalu memberi saya perangsang dan motivasi ketika latihan ataupun perlawanan. Saya raya dengan adanya pemain yang berfikiran matang seperti mereka banyak membantu pemain muda seperti saya.



"Secara jujur saya merasakan kehadiran mereka telah membantu saya memperbaiki permainan dan keyakinan saya," tambah beliau.



Dengan hanya satu gol sejauh ini, Amir berharap dapat menambah bilangan tersebut bagi membantu perjuangan Hougang merebut piala.



Beliau berkata: "Saya rasa ini merupakan tahun di mana saya mempunyai peluang untuk betul-betul mempamerkan dan menunjukkan kebolehan saya dengan setiap peluang yang saya dapat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >