LIGA PERDANA SINGAPURA
Penyerang Ricciuto kian tarik perhatian lawan
Jun 22, 2019 | 05:30 AM
BELIAU hampir menyertai kelab gergasi Liga Australia (Liga-A) Sydney FC selepas berjaya menunjukkan aksi cemerlang ketika menjalani latihan ujian bersama mereka.
Namun, nasib tidak menyebelahi Blake Ricciuto apabila akhirnya tidak dipilih yang disifatkannya sebagai satu peristiwa amat mengecewakan dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak.