Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyokong Chelsea dapat beli tiket saksi perlawanan

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penyokong Chelsea akan dapat membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan di laman lawan, perlawanan piala dan wanita selepas kerajaan British meminda lesen khas kelab itu, kata Jabatan Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan (DCMS) pada kelmarin.



Chelsea tidak akan menerima sebarang hasil daripada jualan tiket, tambah DCMS, dengan semua hasil jualan akan diserahkan kepada penganjur pertandingan yang berkaitan.



Kelab Liga Perdana England, Chelsea tidak dibenarkan menjual tiket disebabkan sekatan yang dikenakan kerajaan British terhadap pemilik Russia kelab itu, Roman Abramovich, menyusuli pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



"Sejak Roman Abramovich disertakan ke dalam senarai sekatan UK kerana hubungannya dengan (presiden Russia) Vladimir Putin, kami telah berusaha secara meluas untuk memastikan kelab itu boleh terus bermain bola sepak sambil memastikan rejim sekatan terus dikuatkuasakan," kata menteri sukan Nigel Huddleston.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas kesabaran mereka sementara kami berbincang dengan pihak berkuasa bola sepak untuk membolehkan langkah ini."



Chelsea tidak boleh menjual tiket kepada peminat sendiri bagi perlawanan di laman sendiri tetapi penyokong lawan dapat membeli tiket bagi perlawanan di Stamford Bridge.



Hasil jualan tiket itu akan disalurkan kepada Liga Perdana.



Kelab itu akan boleh menjual tiket bagi perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara mereka menentang Real Madrid di padang sendiri pada 6 April dan perlawanan separuh akhir di Wembley berdepan Crystal Palace 10 hari kemudian.



Hasil pendapatan akan disalurkan kepada penganjur pertandingan atau kelab tuan rumah berkenaan melalui Liga Perdana, dan bukannya Chelsea FC, untuk terus mematuhi sekatan semasa," tambah kerajaan.



Pemegang tiket musim Chelsea dan penyokong yang membeli tiket sebelum sekatan boleh menghadiri perlawanan Liga Perdana di laman sendiri, tetapi pengecualian telah dibuat untuk perlawanan dalam Liga Super Wanita kerana "terdapat risiko perlawanan ini tidak dihadiri penonton".



Selain itu, penyokong Chelsea boleh membeli tiket untuk perlawanan Liga Perdana di tempat lawan dengan semua kutipan akan diserahkan kepada pasukan tuan rumah. - REUTERS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >