Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyokong hargai bekas pengurus sedang Leicester tumpaskan Liverpool 3-1

Feb 28, 2017 | 07:50 AM



LEICESTER (AFP) - Para penyokong Leicester City memegang sepanduk dan memakai topeng bagi menyokong pengurus yang dipecat, Claudio Ranieri, sebelum perlawanan Liga Perdana dengan Liverpool Isnin (27 Feb).



Ranieri dipecat pada Khamis, tidak sampai 10 bulan selepas beliau memimpin pasukan menjulang piala ligadaripada 5,000-1 tajuk kemenangan Leicester, menyusuli lima kekalahan berturut-turut mengakibatkan kelab itu berada dalam zon penyingkiran.



Jamie Vardy dua kali menjaringkan gol semasa Leicester City meneruskan perjuangan tanpa Ranieri dengan menenggelamkan Liverpool 3-1, sekali gus mencetuskan harapan untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris.



Gol pembukaan Vardy adalah jaringan pertama Leicester dalam tujuh perlawanan.



Sedang persembahan pasukan itu memberi peminat Leicester harapan di bawah pengurus sementara Craig Shakespeare, persoalan berlegar mengapa keadaan berubah menjadi teruk di bawah Ranieri.



Dengan kekalahan itu, Liverpool kekal di tangga kelima, 14 mata di belakang pendahulu Chelsea dan satu mata di belakang pasukan di tempat keempat Arsenal.



Reneiri, asal Italy, 65 tahun, disayangi peminat Leicester. Sebahagian daripada mereka memastikan mereka hadir bagi terima kasih kepadanya.



"Dilly ding, dilly dong/Kami sedih Claudio hilang," menurut satu banner mengungkap kata-kata Ranieri yang menjadi slogan kelab itu.



Ramai peminat memakai topeng muka Ranieri dan beberapa sepanduk melahirkan penghargaan. Antaranya menyatakan "Terima kasih Ranieri menjadikan impian kami satu kenyataan!" Satu sepanduk menyatakan bahawa pemain dan pemilik kelab membuat anda kecewa.



Sementara itu, pengurus sementara Craig Shakespear menulis dalam program perlawanan bahawa laporan akhbar para pemain menolak Ranieri adalah 'tidak adil' dan 'tidak berasas'.



Naib Pengerusi Aiyawatt Srivaddhanaprabha menulis bahawa pemain telah menyokong Claudio dengan begitu baik tetapi menerima hakikat bahawa sebahagian penyokong marah dengan keputusan kelab itu memecat beliau. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >