Penyokong Liverpool penuhi Wisma Geylang Serai
May 14, 2019 | 05:30 AM
DEBARAN perlawanan penutup tirai Liga Perdana England (EPL) dapat dirasakan di Wisma Geylang Serai malam kelmarin.
Ketika pengunjung lain sibuk membanjiri kawasan bazar Hari Raya di Geylang, sekitar 1,500 peminat bola sepak memenuhi ruang utama di tingkat satu WGS bagi menyaksikan tayangan langsung perlawanan antara Liverpool dengan Wolverhampton Wanderers (gambar).