REVIU PERSAHABATAN ARGENTINA-SINGAPURA

Penyokong sama-sama 'menang'

PASUKAN bola sepak gergasi dunia Argentina mungkin meraikan kemenangan mudah 6-0 ke atas pasukan Singapura di Stadium Negara malam kelmarin tetapi 'pemenang' sebenar perlawanan persahabatan glamor itu tentunya peminat setempat yang berpeluang menyaksikan kehebatan pasukan pelawat itu daripada dekat.

Maklumlah bukan selalu mereka dapat menyaksikan pasukan bertaburan bintang seperti Argentina beraksi di depan mata - pasukan pimpinan jurulatih Jorge Sampaoli berada di ranking kedua Fifa dan merupakan naib juara Piala Dunia 2014.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan