BOLA SEPAK ENGLAND
Pep Guardiola akur kesebelasan Man City perlu pembaharuan
Feb 12, 2020 | 05:30 AM
MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, akur pasukannya perlukan pembaharuan skuad pada musim panas nanti selepas ketinggalan 22 mata di belakang Liverpool dalam aksi Liga Perdana England (EPL).
Guardiola mungkin kehilangan tenaga David Silva, yang telah mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini selepas sedekad bersama mereka.