Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMAIN DAPAT SOROTAN NEGATIF

Pep pertahan pemain City dirakam keluar malam

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mempertahankan beberapa pemainnya selepas mereka dirakam keluar malam.



Rakaman di media sosial menunjukkan Jack Grealish, Riyad Mahrez dan Kyle Walker di sebuah kawasan luar di Manchester.



Guardiola berkata: "Video itu tidak menunjukkan dengan tepat apa yang berlaku - makan malam bersama, tenang, menikmati bersama rakan-rakan mereka dan beberapa kakitangan bilik belakang.



"Tetapi mereka akan didenda kerana mereka tidak menjemput saya!"



Disember lalu, Grealish dan rakan sepasukannya Phil Foden diberi amaran bagi kelakuan mereka selepas digambarkan keluar malam setelah kemenangan 7-0 City ke atas Leeds United.



Bagaimanapun, Guardiola tidak mempunyai masalah dalam insiden ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >