Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: City terus mara, Spurs terus kecewa

Pep 'terkejut' dengan rekod tanpa kalah City

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Manchester City Pep Guardiola berkata beliau agak terkejut dengan keupayaan pasukannya meneruskan rekod kemenangan dalam kesemua 18 perlawanan setelah menang 0-1 di Stadium Emirates.



Pendahulu liga itu belum tercicir sebarang mata sejak 15 Disember dan kini berada 10 mata di hadapan pesaing terdekatnya - Manchester United dan Leicester City - dengan baki 13 perlawanan.



Mereka adalah pasukan liga atas pertama memenangi 11 perlawanan pembukaan liga bermula awal tahun.



Seperti lain-lain pasukan, City juga perlu menangani jadual perlawanan yang ketat selain sekatan-sekatan Covid-19.



"Saya agak terkejut, ya memang kagum tapi juga terkejut. Dengan semua kelab menghadapi kesukaran dalam keadaan sekarang, dan sering tercicir mata, kami berjaya kekal konsisten dalam dua bulan lalu. Sesuatu yang memang tidak saya jangkakan.



"Orang ramai bercakap mengenai rekod dan kemenangan, tapi untuk melakukan sedemikian, anda perlu memenangi perlawanan seperti ini berkali-kali. Mustahil untuk menang dengan tiga, empat gol setiap kali," ujar Guardiola, mengulas kemenangan tipis ke atas Arsenal itu.



Anak buahnya telah mempamerkan persembahan penuh konfiden sejak minit pertama dan mendahului perlawanan setelah dua minit menerusi tandukan Raheem Sterling, yang menyempurnakan hantaran cantik Riyad Mahrez.



Namun, Arsenal berjaya mengatasi babak-babak awal itu dan kembali bersaing dengan City dengan Kieran Tierney menguji Ederson menerusi percubaan jarak jauh manakala Bukayo Saka pula beberapa kali mengancam gol City.



Namun, City berjaya mempertahankan kelebihan tipisnya itu sehingga wisel penamat.



Pengurus Arsenal Mikel Arteta berkata beliau kecewa dengan keputusan tersebut namun bangga dengan persembahan anak buahnya.



Kekalahan itu bermakna Arsenal kekal di tangga ke-10, enam mata di luar kedudukan empat tangga teratas dan peluang terbaik untuk kembali ke kancah Liga Juara-Juara Eropah adalah dengan menjuarai Liga Europa. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >