ATLETIK
Perak lagi bagi 4x100m lelaki
Jun 13, 2015 | 05:30 AM
SINGAPURA mengakhiri persaingan acara atletik semalam dengan memenangi dua butir perak dan dua gangsa - termasuk pingat pertama yang akhirnya diperolehi oleh atlit lelaki.
Gandingan Calvin Kang, Gary Yeo, Lee Cheng Wei dan Muhammad Amirudin Jamal mencatatkan masa 39.24 saat - yang juga merupakan rekod baru nasional - untuk menduduki tempat kedua acara 4x100 meter lelaki di belakang Thailand (38.99) sementara pasukan Indonesia (39.32) memenangi gangsa.