Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Perancis dapat laluan selesa di peringkat kelayakan

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



PARIS: Juara bertahan, Perancis, memperoleh undian selesa di kelayakan Piala Dunia 2022 apabila diundi dalam kumpulan bersama Ukraine dan Bosnia & Herzegovina yang bakal menjadi halangan mereka untuk ke Qatar.



Perancis juga akan bertemu Finland, yang baru-baru ini menewaskan mereka dalam aksi persahabatan, dan Kazakhstan dalam saingan Kumpulan D.



Majlis undian itu diadakan secara virtual di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di Zurich ekoran pandemik Covid-19.



Pasukan bimbingan Didier Deschamps itu berada dalam kumpulan membabitkan lima pasukan kerana mereka perlu beraksi di pusingan akhir Liga Negara-Negara UEFA di Italy Oktober depan.



Terdahulu, antara keputusan paling penting dalam kerjaya Deschamps sebagai pengendali Perancis ialah pusingan kelayakan Piala Dunia 2014, dengan pasukannya bertemu Ukraine dalam aksi pusingan penentuan atau 'playoff'.



Mereka tumpas 0-2 pada pusingan pertama di Kiev sebelum mencatat kemenangan 3-0 pada aksi timbal balik.



"Kempen kelayakan perlu menempuh laluan yang panjang yang akan wujud halangan. Lebih baik kita elakkan halangan itu," kata Deschamps.



Sementara itu, England kendalian Gareth Southgate, yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Russia, pula diundi dalam Kumpulan I bersama Poland, Hungary, Albania, Andorra dan San Marino.



Bagi England, ini adalah kali ketujuh mereka diundi bersama Poland dalam kelayakan Piala Dunia.



Poland, yang akan diterajui penyerang berbisa Robert Lewandowski, adalah pasukan yang perlu diberi perhatian oleh pasukan Southgate.



Kali terakhir mereka bertemu dalam peringkat kelayakan ketika mencari slot ke Piala Dunia 2014, dengan Three Lions mencatat keputusan seri 1-1 di Warsaw sebelum meraih kemenangan 2-0 di Wembley.



England pernah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 1974 selepas kalah 0-2 kepada Poland dan hanya seri 1-1 di Wembley.



"Terdapat sejarah menarik dalam pertembungan sebelum ini. Ia seperti dijampi apabila kami sentiasa diundi bersama mereka," kata Southgate.



Dalam keputusan undian lain, Sepanyol perlu mengatasi saingan dari Sweden, yang berjaya melayakkan diri dalam Piala Dunia 2018, dalam Kumpulan B yang juga terdiri daripada Greece, Georgia dan Kosovo.



Juara bertahan Eropah, Portugal, perlu berhadapan saingan daripada Ireland, Luxembourg, Serbia dan Azerbaijian dalam Kumpulan A, manakala Belgium akan bertemu Wales, Czech Republic, Belarus dan Estonia dalam Kumpulan E.



Pasukan Jerman pula diberikan laluan mudah setelah diundi dalam Kumpulan J bersama Romania, Iceland, Macedonia Utara, Armenia dan Liechtenstein.



Kumpulan F disifatkan sebagai kumpulan paling seimbang dengan pasukan Denmark, Austria, Scotland, Israel, Faroe Islands dan Moldova akan beraksi menentang satu sama lain.



Naib juara Piala Dunia 2018, Croatia, akan berdepan dengan saingan daripada Slovakia, Russia, Slovenia, Cyprus dan Malta dalam Kumpulan H.



Saingan kelayakan Eropah akan bermula Mac depan, dengan 13 pasukan dari benua berkenaan berpeluang ke Piala Dunia 2022 yang membabitkan 32 pasukan. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >