Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perancis 'favourite', tapi Swiss mampu cetus kejutan

Jun 28, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Perancis mengakhiri pusingan kumpulan sebagai juara dan anak didik Didier Deschamps, yang juga juara bertahan Piala Dunia menjejakkan kaki ke padang dalam perlawanan kalah mati dengan Switzerland sebagai pilihan utama untuk menang.



Perancis juga satu-satunya pasukan dari Kumpulan F yang belum merasai kekalahan dalam Kejohanan Eropah (Euro) 2020 ini.



Namun, pada masa yang sama, rekod Perancis dalam tiga perlawanan pertama juga tidak begitu menggerunkan dan Switzerland, yang melayakkan diri ke pusingan ini sebagai antara pasukan terbaik di tangga ketiga, boleh mencatat kejutan.



Perancis hanya menang sekali dan diikat seri dalam dua perlawanan. Gawang Hugo Lloris pula telah dibolosi tiga kali, dengan Perancis menjaringkan empat gol.



Dua daripada gol itu dijaringkan oleh penyerang veteran Karim Benzema, yang mengakhiri kemarau gol antarabangsa selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan kumpulan terakhir dengan Portugal.



Switzerland pula, walaupun telah melepaskan lebih banyak gol daripada yang dijaringkannya mempunyai barisan pemain individu seperti Xherdan Shaqiri yang boleh mencipta keajaiban dan gol dari keadaan yang tidak diduga.



Ini ditunjukkannya dengan cemerlang semasa Switzerland menundukkan Turkey 3-1, apabila Shaqiri menjaringkan dua gol dan mencipta satu lagi gol bagi negaranya.



Walaupun Shaqiri hanya dianggap sebagai pemain simpanan oleh Jurgen Klopp di Liverpool, beliau adalah tunggak pasukan Switzerland dan adalah penjaring gol terbanyak bagi negaranya dalam Piala Dunia dan Euro dengan tujuh gol.



Justeru, perlawanan antara dua negara jiran ini, walaupun pemenangnya bak kelihatan ketara pada masa ini, tetap menjanjikan drama dan gol.



Perancis, yang cukup kuat dan ditaburi pemain bergelar bintang, belum lagi menemui formula kejayaan, terutama di depan gol lawan, meskipun ia menguasai sebahagian besar perlawanan dalam pusingan kumpulan.



Satu sebab adalah pemain kreatif seperti Kylian Mbappe, belum lagi menunjukkan 'sengat' sebenar.



Tiada pentas pertunjukkan yang lebih sesuai berbanding pusingan kalah mati Euro bagi Mbappe membuktikan beliau boleh memberikan sumbangan kepada negara yang setimpal dengan sumbangan yang diberikan kepada kelabnya Paris St-Germain (PSG) dalam Liga Satu Perancis.



Jika Mbappe menemui semula 'form' yang hilang, Perancis tidak akan mempunyai masalah untuk menguasai permainan dan menewaskan Switzerland, yang kurang konsisten dan tidak mempunyai ramai pemain yang bersifat 'game changer' atau yang mampu mengubah corak permainan secara individu.



Selain Mbappe, Deschamps boleh bergantung kepada Paul Pogba, Antoine Grizzman, N'golo Kante dan lain-lain lagi untuk memenangi perlawanan baginya.



Sesiapa sahaja pemain dalam kesebelasan utama Perancis boleh menjaringkan gol.



Sebaliknya, Switzerland harus bergantung pada Shaqiri semata-mata sebagai tenaga penggerak serangan di midfield dan untuk menemui sasaran di barisan depan.



Merumuskan keadaan ini, jika Kante berjaya mengacip Shaqiri sepanjang perlawanan, Switzerland akan bersifat tumpul tanpa taring dan tidak akan memberikan sebarang ancaman terhadap gawang Lloris.



Namun, seperti yang selalu dikatakan oleh pemerhati bola sepak, tiada yang pasti dalam bola sepak, dan pada hari perlawanan nanti, pasukan yang lebih mengidamkan kemenangan akan menang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >