KEJOHANAN EROPAH 2016
Perancis kerah lebih 60,000 pegawai polis cegah serangan pengganas
May 26, 2016 | 05:30 AM
PARIS: Perancis akan mengerahkan lebih 60,000 pegawai polis demi mempertingkat tahap keselamatan di temasya bola sepak Kejohanan Eropah (Euro 2016) bulan depan dalam usahanya "melakukan segalanya bagi mengelakkan serangan pengganas".
Komitmen itu telah diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Encik Bernard Cazeneuve, selepas Stade de France di Paris - yang bakal menjadi hos perlawanan pembukaan dan final Euro 2016 ini - bertukar menjadi huru-hara sebelum final Piala Perancis pada Sabtu lalu.